Tauke burger sekolahkan balik netizen lepas dikutuk guna nama sendiri buat ‘brand’

Tauke burger sekolahkan balik netizen lepas dikutuk guna nama sendiri buat ‘brand’

Tauke burger sekolahkan balik netizen lepas dikutuk guna nama sendiri buat ‘brand’. Usahawan terkenal Syukor Majid ‘sentap’ apabila ada pengguna di TikTok mendakwa nama jenama Syukor Burger tidak komersial dan perlu ditukarkan.

Untuk rekod, jenama Syukor Burger itu pernah mencipta fenomena dengan catatan cemerlang jualan burger sebanyak sejuta biji pada Ogos tahun lalu.

Tidak melenting dengan komen pedas tersebut, Syukor yang terkenal dengan komen-komen berbaur jenaka itu dilihat tidak mengambil hati malah sempat berkongsi tangkap layar komen itu di Facebook dan bertanya kembali apakah nama Syukor Burger itu terlalu kolot.

“Abang belum ‘move on’ lagi dengan budak sekolah semalam ni sorang lagi kat Tiktok dia suruh bagi nama yang lebih komersial pulak.

Ape kampung hulu sangat ke nama Syukor ni. Kang abang letak nama Dwayne The Rock Johnson Burger baru depa tau,” selorohnya.

Tauke burger sekolahkan balik netizen lepas dikutuk guna nama sendiri buat 'brand'

Sebelum itu difahamkan, Syukor tutut menerima reaksi sama daripada pelajar sekolah yang ditemui ketika mengadakan lawatan tapak di kafe miliknya yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

Pelajar itu bertanya, adakah restoran Syukor Burger yang terletak di sebelah kafe itu juga miliknya lalu dia mengiyakan namun respon yang diterima kembali agak melucukan.

“Petang tadi ada budak-budak sekolah singgah sini tanya bila nak bukak. Dia orang ingat abang kontraktor agaknya. Abang cakap sebulan dua siaplah.

“Dia orang tanya kenapa letak nama Syukor Coffee. Abang cakap sebab owner dia nama Syukor.

“Tau sorang budak tu cakap apa? ‘Apalah beriya sangat letak nama sendiri. Macam tak ada nama lain nak letak’. Abang dah aim muka budak tu, kau tunggu dik.

Perkongsian Syukor itu dilihat berjaya mengubah komen menjengkelkan bertukar menjadi aura positif sekaligus menghiburkan netizen yang teruja berkongsi pendapat masing-masing.

“Sebenarnya saya pun dah lama nak tanya soalan tu bang. Kenapa beria sangat,” usik Saifuddin Ilyas.

“Saya cadangkan masa acara potong reben kedai baru nanti abang jemput dia sekali. Minta dia tolong pegang dulang dengan gunting nak potong reben,” komen Nurul Ain.

“Kalau budak tu baca status Abang Uko ni tak tido malam kau dik. Siap la kau,” ujar Mohamad Helmi pula.

BACA:

Netizen puji Puteri Balqis, ‘lembut dan merendah diri je..’

Sekumpulan tentera menari dengar lagu Tokti jadi perhatian dunia

Netizen sebak tengok Sherry Ibrahim dah berniqob ikut Neelofa

CATEGORIES