Mulai tahun depan semua peniaga wajib pakai pelitup muka – Kerajaan

Oleh INFORAKYAT

Mulai tahun depan semua peniaga wajib pakai pelitup muka – Kerajaan. Penguatkuasaan penggunaan pelitup muka dalam kalangan penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bagaimanapun semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digalakkan melaksanakan penguatkuasaan berkenaan di kawasan pentadbiran masing-masing mulai sekarang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh satu hingga tiga bulan pertama, pemakaian pelitup muka itu lebih kepada proses pendidikan sebelum diwajibkan secara menyeluruh.

“(Belum dikuatkuasakan) ..sebab kita perlu melakukan beberapa pertambahan dalam Undang-undang Kecil (UUK) sebab ia membabitkan UUK di peringkat PBT…jadi kalau hendak laksanakan, kena ada pelarasan.

“Sekarang, kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika (penyedia dan pengendali makanan) memakai pelitup muka.

Mulai tahun depan semua peniaga wajib pakai pelitup muka - Kerajaan

“Jadi pihak PBT cuba untuk (laksana) pendekatan secara perlahan-lahan ..mungkin pendekatan ini dibuat sebelum melaksanakan undang-undang supaya kompaun atau peraturan tertentu boleh dibuat kelak,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang yang mahu menguatkuasakan peraturan itu bermula 1 Januari ini dalam usaha meningkatkan kebersihan penyediaan makanan.

Terdahulu beliau menutup program Gerak Gempur SPM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, selain menangani pandemik COVID-19, pendekatan dibuat PBT itu juga memberikan keyakinan kepada pelanggan ketika menyediakan dan menghidangkan makanan dilakukan.

“Pandemik COVID-19 adalah salah satu contohnya tetapi benda-benda lain juga boleh tersebar, sebab itu kita galakkan pemakaian pelitup muka perlahan-lahan diterapkan

“Dengan melihat mereka yang menghidang dan menyediakan makanan memakai pelitup muka…keyakinan serta kebersihan terhadap makanan lebih tinggi.

“Kita juga hendak elak bukan sahaja pandemik COVID-19 tetapi isu keracunan, juga faktor lain yang melibatkan kesihatan awam,” katanya.

BACA:

Bungkusan atas kereta tiba-tiba meletup sampai buat pelayan maut

Buat aduan kucing jiran selalu berak merata, sekali wanita ini cerita benda sebenar

Bekas suami Zarina Anjoulie kahwin wanita berpurdah, siap bagi ayat ‘pedas’ ini