Muhyiddin keluar arahan kepada menteri PN supaya tolak PRU-15 tahun ini

Oleh INFORAKYAT

Muhyiddin keluar arahan kepada menteri PN supaya tolak PRU-15 tahun ini. Muhyiddin Yassin meminta semua menteri dari Perikatan Nasional (PN) tegas menolak pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, dalam mesyuarat Kabinet.

Beliau yang juga pengerusi PN, berkata tidak wajar PRU15 dibuat tahun ini juga memandangkan monsun timur laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda terutama di negeri Pantai Timur.

“Rakyat sedang terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit di samping proses pemulihan negara yang masih perlahan.

Penyelesaian kepada permasalahan ini mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutama menerusi Bajet 2023.

“Anggota Jemaah Menteri dari parti PN telah diminta untuk mempertegaskan pendirian ini di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin keluar arahan kepada menteri PN supaya tolak PRU-15 tahun ini

Muhyiddin ketika mengulas lanjut, berkata pendirian sama juga diminta diambil oleh semua Ahli Parlimen gabungan itu.

Hari ini, Ismail Sabri Yaakob berkata, perdana menteri mempunyai kuasa untuk mencadangkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada (PRU15) diadakan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis, Ismail berkata, parti politik lain tidak berhak untuk bersuara dalam perkara itu.

“Sebelum ini, ia (pembubaran) tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Dulu perdana menteri umum Parlimen akan dibubarkan dan ia akan dibubarkan.

“Tidak ada perkara seperti parti politik lain memberikan pandangan mereka atau cuba campur tangan,” katanya.

BACA:

Kos kahwin di Siam makin tinggi, dah naik lebih RM5,000

Sikit lagi nak jatuh! Video budak perempuan tergantung di pemegang eskalator tular

Nissan Almera terlompat -lompat atas jalan tarik perhatian, rupanya ini berlaku