Nissan Almera terlompat -lompat atas jalan tarik perhatian, rupanya ini berlaku

Nissan Almera terlompat lompat atas jalan tarik perhatian rupanya ini berlaku

Nissan Almera terlompat -lompat atas jalan tarik perhatian, rupanya ini berlaku. Aktiviti berkonvoi kembali lebih rancak semula pada setiap hujung minggu, tidak kira kereta atau motosikal sama ada cc besar ataupun kecil. Bagaimanapun kerap kali segelintir kumpulan konvoi mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengguna jalan raya lain.

Lewat hari semalam tular satu rakaman video dashcam kejadian kemalangan antara sebuah superbike dengan Nissan Almera berhampiran persimpangan susur keluar USJ/Subang Jaya.

Pada awal rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook John Kiew, kelihatan sekumpulan konvoi superbike sedang memecut di antara kenderaan-kenderaan lain.

Majoriti peserta konvoi itu sudah berada di laluan paling kiri sekali untuk membelok susur keluar ke arah USJ/Subang Jaya, namun ada sebuah superbike yang memotong di sebelah kanan sudah ‘terpisah’ daripada ahli konvoi yang lain.

Superbike itu didakwa berhenti mengejut di tengah-tengah jalan raya untuk menunggu jalan di sebelah kirinya clear untuk dia memotong dan mengekori ahli konvoi lain. Bagaimanapun tindakannya itu telah menyebabkan Nissan Almera merempuh belakang motosikal terbabit.

Nissan Almera terlompat -lompat atas jalan tarik perhatian, rupanya ini berlaku

Kereta itu kelihatan ‘melompat-lompat’ beberapa kali semasa merempuh motosikal terbabit. Walaupun dirempuh dengan kuat dari belakang, penunggang itu kelihatan masih steady duduk di atas motosikalnya.

Perkongsian video itu telah mengundang kecaman netizen, jika penunggang superbike itu meneruskan perjalanan ekoran tersalah jalan, sudah pasti kemalangan tidak akan berlaku.

Tambah netizen lagi, negara ini mempunyai banyak persimpangan susur keluar. Lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang. Andai kata terlepas satu simpang, pengguna jalan raya masih lagi boleh meneruskan perjalanan sama ada gunakan simpang yang berlainan atau berpatah balik.

Diharapkan agar pengguna jalan raya lain mengambil iktibar daripada rakaman kemalangan ini yang mana tindakan memberhentikan kenderaan secara mengejut gara-gara terlepas simpang boleh mengundang pertembungan dengan kenderaan lain.

BACA:

Tak sempat rasa, Ferrari RM13 Juta hancur kena lenjan penghantar kereta

Dulu RM2.8 Juta, NFT milik Logan Paul sekarang hanya nilai RM46.36 sen sahaja

Stadium baru Shah Alam lebih kecil, hanya muat 35,000 orang sahaja

CATEGORIES