Kos kahwin di Siam makin tinggi, dah naik lebih RM5,000

Kos kahwin di Siam makin tinggi dah naik lebih RM5000

Kos kahwin di Siam makin tinggi, dah naik lebih RM5,000. Lelaki yang kemaruk untuk menambah isteri di Thailand dikatakan tidak menghiraukan kos yang tinggi dikenakan oleh ejen nikah Siam dan sanggup mengeluarkan belanja lebih walaupun harganya naik antara RM700 hingga RM2,000 sejak Julai lalu.

Permintaan luar biasa itu menyebabkan ejen gelap mata dan bertindak menaikkan harga apabila pakej biasa ketika ini bernilai lebih RM3,000 berbanding RM2,300 sebelum ini, manakala untuk pakej VVIP pula lebih RM5,000 berbanding RM3,000.

Harga akan menjadi lebih mahal jika ejen berada di negeri lain kecuali Kedah dan Perlis kerana perlu melantik sub ejen di sempadan.

Seorang ejen di Kubang Pasu dekat sini yang dikenali sebagai Zaidy, 40, berkata, harga melam­bung disebabkan nilai ringgit rendah selain peningkatan insurans kenderaan (RM150) dan upah nikah (RM900).

“Ini bukan masalah kerana pasangan tetap ingin bernikah. Buktinya permintaan tetap tinggi dan sentiasa ada.

Kos kahwin di Siam makin tinggi, dah naik lebih RM5,000

“Saya masih kekalkan harga RM2,999 untuk pakej VVIP meliputi pengangkutan, hotel, nikah dan sijil sejak lima tahun lalu tetapi menukar kenderaan daripada Toyota Vellfire kepada Pe­rodua Alza model baharu,”

Melaporkan aktiviti bernikah di Siam sema­kin ligat apabila sebanyak 1,000 pasangan dari Malaysia telah diijabkabulkan di Songkhla sejak Thailand memansuhkan permohonan pas dan pembelian insu­rans perubatan untuk memasuki negara itu sejak Julai lalu.

Menurut Zaidy, dia telah membawa 13 pasangan untuk bernikah di Siam sejak Julai lalu dan sentiasa menerima mesej menerusi WhatsApp daripada pasangan yang bertanyakan mengenai prosedur berkahwin di sana.

“Bagaimanapun, saya tak te­rima pasangan muda kahwin lari atau terlanjur,” katanya yang turut menyediakan perkhidmatan jurugambar, pakaian nikah, jurusolek dan hantaran.

Seorang lagi ejen dikenali sebagai Azman, 48, berkata, harga pakej ditawarkannya naik dari RM2,000 kepada antara RM2,500 hingga RM3,000.

“Harga pakej berubah-ubah kerana ia bergantung kepada permintaan pasangan pengantin kerana ada yang mahu berbulan madu di sana dahulu sebelum pulang ke Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan: 1,000 pasangan bernikah di Siam dalam sebulan

Berita berkaitan: Isteri restu kahwin dua, tapi pejabat agama tolak

Sementara itu, seorang sukarelawan sebuah pertubuhan bukan kerajaan menasihatkan pasangan yang mahu bernikah di Thailand supaya berhati-hati bagi mengelak diperdaya sindiket.

“Saya mendapat maklumat daripada 10 pasangan yang bernikah di sana, hanya lima yang mendaftar perkahwinan itu di Malaysia dan ada yang diperdaya sindiket,” katanya.

Sementara itu di Kota Bharu, seorang ejen dikenali sebagai Rahim, 60, berkata, pasangan dibawa masuk sebagai pelancong untuk ke pejabat agama Islam di Narathiwat dengan bayaran RM3,500.

Katanya, harga naik kerana semua kos seperti bayaran imam dan proses surat nikah di pejabat agama sudah naik selain faktor kejatuhan Ringgit.

“Pengantin wanita dinasihatkan bawa wali sendiri dan tidak digalakkan menggunakan wali hakim untuk memudahkan urusan selain mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini apabila melahirkan anak,” katanya.

Katanya, selepas urusan akad nikah, pasangan akan pulang ke tanah air dan pihaknya akan menguruskan segala dokumen di Narathiwat yang mengambil masa selama seminggu.

BACA:

Linda Onn dedah ada yang datang restorannya tapi tak bayar, sekali ada wanita ni datang…

Laporan dedah 1,000 pasangan dari Malaysia nikah di siam dalam sebulan

Stadium baru Shah Alam lebih kecil, hanya muat 35,000 orang sahaja

CATEGORIES