Kos tunai haji naik mendadak, terpaksa bayar RM28,632 seorang. Kos menunaikan haji bagi musim 1443H/2022M adalah sebanyak RM28,632 bagi setiap jemaah berbanding anggaran awal sebanyak RM25,540, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
TH berkata, kos haji bagi musim 1440H/2019M pula adalah sebanyak RM22,900 seorang.
“TH tidak menghantar jemaah dari Malaysia pada 2020 dan 2021,” katanya dalam kenyataan mengumumkan pendapatan TH untuk separuh pertama 2022.
Bagi tempoh enam bulan pertama sehingag 30 Jun 2022, TH mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM1.47 bilion.
Menurut TH, setelah mengambil kira perbelanjaan termasuk peruntukan zakat, keuntungan bersih yang dicatatkan bagi tempoh dilaporkan adalah sebanyak RM1.03 bilion, berbanding RM1.22 bilion dalam tempoh yang sama 2021.
“Penurunan keuntungan adalah setelah mengambil kira perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji yang diberikan kepada jemaah haji bagi musim 1443H/2022M,” katanya.
BACA:
Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live
Ratu Rock kongsi raih RM100,000 sebulan dengan hanya tanam cili