Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live

Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live

Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live. Sebuah rancangan televisyen Korea diselar netizen selepas ia menyiarkan adegan yang menunjukkan remaja lelaki sedang berkhatan.

Rancangan berjudul Mr House Husband menerusi saluran KBS2 memaparkan lima remaja lelaki belasan tahun bertemu dengan pakar bedah untuk menjalani prosedur tersebut.

Episod yang disiarkan pada 17 September itu juga menyaksikan bekas pemain besbol, Hong Seung Heon dan anak remajanya serta beberapa rakannya berbicara mengenai kebimbangan mereka sebelum menjalani prosedur berkhatan.

Turut dipaparkan, adegan menunjukkan kumpulan remaja itu kesakitan selepas pembedahan, selain riak muka panik yang dirakam secara dekat (close up).

Di media sosial, penonton meluahkan kritikan selepas menonton episod berkenaan dengan rata-ratanya mempersoalkan bagaimana rancangan tersebut boleh ‘terlepas’ untuk disiarkan.

Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live

Berikutan kemarahan ramai terhadap episod kontroversi tersebut, penerbit program berkenaan tampil bersuara dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Kami bertujuan memberi pendedahan kepada para ibu bapa mengenai subjek berkhatan, dan melalui perbualan, ia cuba menunjukkan kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak mengenainya.

“Mereka juga bersetuju untuk menyiarkan prosedur tersebut dalam rancangan televisyen.

“Namun rancangan itu membuatkan penonton tidak selesa, dan untuk itu, kami memohon maaf,” demikian kenyataan yang dikeluarkan.

BACA:

Peminat dakwa Fazura tiru gaya Neelofa

Buaya berlegar-legar dalam parit buat warga Felda ketakutan

CATEGORIES