Ini respon PDRM selepas Facebook dakwa dalang akaun palsu ‘troll’

Oleh INFORAKYAT

Ini respon PDRM selepas Facebook dakwa dalang akaun palsu ‘troll’. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan kononnya pasukan keselamatan itu menjadi dalang di sebalik jaringan akaun dan halaman di media sosial yang cuba memanipulasi wacana awam negara ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata PDRM memandang serius dakwaan dibuat sebuah syarikat teknologi itu.

“PDRM memandang serius laporan pihak syarikat Meta Platforms Incorporated yang mendakwa terdapat akaun palsu di media sosial, mempunyai hubungan dengan PDRM.

“PDRM menafikan dakwaan terbabit dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Syarikat teknologi terbabit semalam mendakwa polis mungkin menjadi dalang di sebalik jaringan dan halaman di media sosial, dalam cubaan memanipulasi wacana awam negara ini.

Ini respon PDRM selepas Facebook dakwa dalang akaun palsu 'troll'

Syarikat di belakang Facebook dan Instagram itu, mendakwa sudah memadamkan 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram kerana melanggar dasar koordinasi perlakuan tidak sahih.

Melalui Quarterly Adversarial Threat Report yang dikeluarkannya, Meta berkata, individu di sebalik akaun, halaman dan kumpulan mengendalikan “troll farm” – usaha koordinasi yang ditempatkan bersama bertujuan merosak dan memanipulasi wacana awam dengan menggunakan akaun palsu untuk mengelirukan orang ramai berhubung siapa di belakang mereka.

BACA:

Geram dapat kentang sejuk, pemuda nekad tembak staff Mekdi

Penemuan tapak kaki ‘hantu’ berusia 12,000 tahun gemparkan penduduk

Pelajar terajang cikgu sendiri selepas geram rambut kena potong