Penemuan tapak kaki ‘hantu’ berusia 12,000 tahun gemparkan penduduk

Penemuan tapak kaki hantu berusia 12000 tahun gemparkan penduduk

Penemuan tapak kaki ‘hantu’ berusia 12,000 tahun gemparkan penduduk. Pakar arkeologi Amerika Syarikat (AS) telah menemui 88 kesan tapak kaki ‘hantu’ yang berusia 12,000 tahun di satu lokasi di gurun negeri Utah, lapor agensi berita United press International (UPI), kelmarin.

Kesan tapak hantu itu ditemui di Pangkalan Tentera Udara Hill di Gurun Great Salt Lake Utah pada bulan lepas.

Ia mendapat gelaran kesan tapak kaki ‘hantu’ kerana hanya boleh dilihat selepas hujan, apabila cetakan kesan tapak dipenuhi air dan hilang apabila kering di bawah matahari.

Tinjauan arkeologi di tapak seluas 2,023 hektar tersebut menggunakan peralatan bukan invasif seperti magnetometer dan radar penembusan tanah.

“Berdasarkan penggalian beberapa cetakan, kami telah menemui bukti orang dewasa dengan kanak-kanak berumur kira-kira 5 hingga 12 tahun yang meninggalkan kesan tapak kaki,” kata penyiasat utama dengan Far Western Anthropological Research Group, Daron Duke.

Penemuan tapak kaki 'hantu' berusia 12,000 tahun gemparkan penduduk

Ahli arkeologi merancang untuk mengkaji, memelihara dan melindungi cetakan tersebut daripada angin dan hakisan yang berisiko memusnahkannya.

“Kami telah mengumpulkan pengisian cetakan untuk melihat sama ada kami boleh mencari bahan organik hingga tarikh radiokarbon.

“Kami mahu memperincikan lagi cetakan itu agar mendapat maklumat tentang individu kumpulan itu dan cara mereka menggunakan kawasan tersebut.

Kami juga bercakap dengan puak asli Amerika mengenai perspektif mereka mengenai cetakan itu,” jelas Duke.

BACA:

Mitsubishi Triton edisi Phantom plus buat peminat tak keruan, “garang sangat ni!”

Pejuang dakwa ‘jika Mahathir gagal, Azizah juga gagal’

Netizen harap Khairulaming jadi MB Kelantan bantu selesai masalah air

CATEGORIES