Pelajar terajang cikgu sendiri selepas geram rambut kena potong

Pelajar terajang cikgu sendiri selepas geram rambut kena potong

Pelajar terajang cikgu sendiri selepas geram rambut kena potong. Seorang guru wanita dipukul seorang pelajar lelaki kerana berang rambutnya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang juga guru disiplin berusia 52 tahun sedang membuat rondaan.

“Guru wanita berkenaan menerima laporan daripada seorang guru lain yang menyatakan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu berambut panjang.

“Mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arsad berkata, pelajar tersebut marah dan mengugut mahu membunuh guru berkenaan.

Pelajar terajang cikgu sendiri selepas geram rambut kena potong

“Pelajar itu kemudian bertindak memukul guru wanita berkenaan dengan batang penyapu hingga menyebabkan mangsa cedera di mata kirinya,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan pelajar terbabit.

“Hasil ujian air kencing ke atas pelajar berkenaan negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Dia ditahan reman bermula Khamis hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

BACA:

Netizen harap Khairulaming jadi MB Kelantan bantu selesai masalah air

‘Food Rider’ mogok hari ini satu Malaysia, jangan pesan makanan

Kerajaan Selangor sedia prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40

CATEGORIES