Harga baru Proton X50 dah keluar, RM1.5K lagi murah dari HRV!

Oleh INFORAKYAT

Harga baru Proton X50 dah keluar, RM1.5K lagi murah dari HRV! Akhirnya, harga baru termasuk SST untuk Proton X50 kini sudah ada dan disahkan secara rasmi oleh para pengedar Proton. Dengan SST, ada peningkatan sekitar 9% hingga 10%. Harga baru X50 adalah seperti berikut:

Perlu diingatkan bahawa Proton X50 mula dilancarkan pada tahun 2020, apabila kereta pemasangan tempatan (CKD) masih dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Manfaat di bawah skim rangsangan ekonomi Penjana ini telah berakhir ada 30-Jun 2022.

Bagaimanapun, bagi pembeli yang telah menempah kereta mereka sebelum 30-Jun 2022 tetapi masih belum menerimanya akan membayar harga bebas SST, dengan syarat kereta mereka didaftarkan sebelum 31-Mac 2023.

Proton X50 berbanding pesaing yang lain

Harga baru Proton X50 dah keluar, RM1.5K lagi murah dari HRV!

Harga Proton X50 Flagship kini bertindih dengan Proton X70 Executive TGDi yang berharga RM 110,800. Kedua-duanya berkongsi enjin yang sama – 1.5 liter, 3-silinder berpengecas turbo (177 PS, 255 Nm) yang kini dibuat di Malaysia – dan transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan, walaupun jelas X70 menawarkan lebih banyak dari segi saiz.

Kenaikan harga ini juga menyaksikan jurang antara Honda HR-V dan Proton X50 semakin rapat, dengan HR-V 1.5 S beraspirasi semula jadi berharga RM 114,800. Tahap keselesaan antara kedua SUV segmen B ini jelas berbeza, tetapi jangan lupa HR-V juga bukan ‘kosong’; dengan Honda Sensing ADAS menjadi standard pada model tersebut. Anda boleh baca lanjut dibawah.

Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V! 01

Setakat ini, selain kemas kini sistem infotainmen, tiada lagi peningkatan kepada kereta terlaris Malaysia pada Julai 2022.

BACA:

Teruk kena hentam aniaya ejen sendiri, Neelofa dedah cerita sebenar

‘Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCS’, dedah PAC

Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, “ada yang marah-marah dalam live nanti” – Netizen