Banjir besar landa Sri Gading hari ini, negeri lain menyusul

Oleh INFORAKYAT

Banjir besar landa Sri Gading hari ini, negeri lain menyusul. Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk sekitar pekan Sri Gading, Kampung Sri Gading, Kampung Sengkuang dan Kampung Baru Sri Gading.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Timbalan Penguasa II Firdaus Ahmad, berkata hujan lebat yang berterusan dan berlaku fenomena air pasang menyebabkan air banjir tidak dapat keluar dengan cepat ke Sungai Simpang Kanan.

“Pihak bomba menerima laporan pada jam 3.57 pagi dan mendapati paras air di lokasi dilaporkan naik mendadak setinggi satu meter.

“Banjir kilat berkenaan telah membabitkan 16 orang mangsa terdiri daripada lima buah keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Banjir besar landa Sri Gading hari ini, negeri lain menyusul

Firdaus berkata, mangsa yang terjejas banjir telah dipindahkan oleh ahli keluarga terdekat mangsa.

“Keadaan cuaca semasa adalah cerah dan tiada hujan serta paras air banjir semakin menurun.

“Sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan pihak bomba akan terus memantau keadaan banjir di sekitar kawasan yang terjejas secara berterusan,” katanya.

Katanya, seramai 16 orang anggota bomba, dua jentera FRT dan satu unit EMRS daripada BBP Penggaram dihantar ke tempat kejadian.

BACA:

2 kanak-kanak bawa motosikal maut kena langgar lori

Kecantikan Zahirah Macwilson ‘overshadow’ DDNK dan pasangan jadi bualan, “mana satu pengantin?”

Sultanah Kelantan tampil buat pertama kali di Istana Kelantan