Sultanah Kelantan tampil buat pertama kali di Istana Kelantan

Sultanah Kelantan tampil buat pertama kali di Istana Kelantan

Sultanah Kelantan tampil buat pertama kali di Istana Kelantan. Sebulan selepas diisytihar Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah hari ini berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan berkata, rombongan diketuai Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan disertai beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Turut hadir, Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Nur Diana turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.

Pada 2 Ogos lalu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Sultanah Kelantan tampil buat pertama kali di Istana Kelantan

Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa tarikh berkenaan.

BACA:

Peminat teruja tengok anak Tomok fasih cakap mandarin, “tepat dia sebut!”

Persoalan Dr Amalina pilih jadi warganegara British akhirnya terjawab

Tengah syok tengok bola, gigi palsu pula terbang di Stadium Nasional

 

CATEGORIES