2 kanak-kanak bawa motosikal maut kena langgar lori

2 kanak-kanak bawa motosikal maut kena langgar lori

2 kanak-kanak bawa motosikal maut kena langgar lori. Dalam satu nahas ngeri yang berlaku di Parit 7A, Sungai Manik, Teluk Intan, dua orang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat dilanggar oleh dua kenderaan selepas keluar dari simpang sewaktu menaiki motosikal, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata kedua-dua kanak lelaki terbabit yang berusia 11 tahun maut di tempat kejadian disebabkan mengalami kecederaan parah, lapor Kosmo.

Difahamkan, kedua-dua mangsa masih menuntut di sekolah rendah dan berasal dari Labu Kubong, Teluk Intan serta Kampung Batu 2 Sungai Pinang, Klang, Selangor.

Pihak polis telah mendapat info mengenai kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal, kereta dan sebuah lori selepas menerima laporan daripada orang awam pada jam 12.10 tengah hari.

Menurut Adnan, motosikal jenis Honda Ex-5 yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa terbabit sedang menghala ke jalan besar dari arah Parit 7B, Sungai Manik selepas siasatan awal dilakukan.

2 kanak-kanak bawa motosikal maut kena langgar lori

“Setibanya mereka di lokasi kejadian mangsa telah keluar daripada simpang secara mengejut dan dilanggar oleh sebuah lori jenis Hino dari arah Langkap menghala ke Teluk Intan.

“Akibat pelanggaran berkenaan penunggang dan pembonceng motosikal tersebut tercampak ke laluan sebelah dan dilanggar sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah Teluk Intan menghala ke Langkap,” jelasnya dalam satu kenyataan menerusi Kosmo!.

Sementara itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ekoran cedera parah pada bahagian kepala selepas tercampak di tengah jalan akibat perlanggaran.

BACA:

Sultanah Kelantan tampil buat pertama kali di Istana Kelantan

Peminat teruja tengok anak Tomok fasih cakap mandarin, “tepat dia sebut!”

Persoalan Dr Amalina pilih jadi warganegara British akhirnya terjawab

CATEGORIES