Atikah Suhaime kongsi video diet ‘low budget’ jadi perhatian netizen. Menerusi platform popular ini, Atikah Suhaime antara selebriti yang begitu mendapat perhatian ramai pengguna platform tersebut. Mana tidaknya, pelakon jelita berusia 31 tahun ini menggunakannya untuk berkomunikasi serta berkongsikan aktiviti dilakukan menerusi video pendek yang memaparkan content yang pelbagai.
Jika sebelum ini, Atikah Suhaime mencuri tumpuan ramai disebabkan mengungkapkan perasaan mengenai usianya lalu mendapat pelbagai pandangan yang sama dan setuju dengan dirinya dan kali ini nampaknya sekali lagi dia menerima komen positif ramai.
Atikah Suhaime yang diikuti ribuan pengguna platform tersebut turut menerima ribuan komen warganet selepas memuat naik video menu diet untuk tatapan umum. Menu diet selebriti jelita ini dengan pantas menarik tumpuan peminat dan warganet apabila dia juga menyertakan cara menyediakan menu tersebut yang membuatkan ada yang menyukai content seperti itu dikongsikannya.
Dalam rakaman berdurasi lebih tiga minit memaparkan, Atikah Suhaime berkongsikan menu diet low budget (kos rendah) yang boleh dilakukan sesiapa sahaja. Tidak sekadar itu, caranya memakan menu tersebut turut dikongsikan bersama tips yang dia sendiri lakukannya.
@atikahsuhaimeeee Shoutout to 30yr old ladies out there. 😂😂 30 masih muda okayyyy bukan tua. 😤 #fyp #tiktokmalaysia #singaporetiktok #singaporetrending ♬ original sound – atikahsuhaimeeee
“Menu breakfast/brunch murah tapi kenyang,” tulis Atikah Suhaime diruangan kapsyen manakala, video tersebut telah ditonton 1.1 juta kali sekali gus menerima respon positif ramai dengan perkongsiannya itu.
“Saya dah cuba…”
“Kalau tekak dah biasa…”
@atikahsuhaimeeee Menu breakfast/brunch murah tapi kenyang ❤️ #fyp #singaporetrending #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – atikahsuhaimeeee
BACA:
Kedai Coach Azizulhasni kena rompak, habis semua basikal mahal dilarikan
Tangki air pangsapuri jatuh hempap kereta dari ketinggian 19 meter