Tangki air pangsapuri jatuh hempap kereta dari ketinggian 19 meter

Tangki air pangsapuri jatuh hempap kereta dari ketinggian 19 meter

Tangki air pangsapuri jatuh hempap kereta dari ketinggian 19 meter. Tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok pangsapuri di Taman Mas, Sepang pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam kejadian 7.15 petang itu serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok pangsapuri terbabit.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja.

Katanya, bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan di pangsapuri itu.

Penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insurans,” katanya.

Tangki air pangsapuri jatuh hempap kereta dari ketinggian 19 meter

@ameiraaaa 😧 #puchong ♬ original sound – 🦁🐾Eeveecenzo

@ameiraaaa Replying to @rosmarie45 sumber gambar drpd fb. semoga mangsa dipermudahkan segala urusan. #puchongtamanmas ♬ alloh alloh – Dany

BACA:

Michael Hansen akui perjalanan 17 jam untuk jumpa Sakinah sangat mencabar

Netizen perasan sesuatu tengok Kak Lina rai bevday suami, “beza umur 10 tahun tu”

Kesan ‘peta’ dekat bantal semua hilang selepas hanya guna 3 bahan ini

CATEGORIES