Kedai Coach Azizulhasni kena rompak, habis semua basikal mahal dilarikan

Kedai Coach Azizulhasni kena rompak habis semua basikal mahal dilarikan

Kedai Coach Azizulhasni kena rompak, habis semua basikal mahal dilarikan. Malang menimpa John Beasley jurulatih kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang apabila kedai basikalnya di Melbourne, Australia dipecah masuk individu tidak dikenali.

Perkara tersebut telah dikongsi Azizulhasni di laman Facebooknya hari ini dan beliau melahirkan rasa simpati atas kejadian menimpa jurulatihnya itu.

“Mendapat perkhabaran kurang baik dari Melbourne, kedai jurulatih saya Beasley Cycles @beasleycycles telah di pecah masuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Dipecahkannya cermin pintu belakang kedai beliau dan dilarikan beberapa basikal mahal. Wah gila betul, zaman dulu orang pecah masuk kedai barang kemas atau bank, sekarang ni kedai basikal dah jadi sasaran juga.

“Kesian si John @johnbeasley54 ni, dah la tengah kusut sibuk menguruskan pelbagai urusan penting nak berpindah ke Malaysia, di uji pulak dengan dugaan macam ni,” tulisnya hari ini.

Kedai Coach Azizulhasni kena rompak habis semua basikal mahal dilarikan

Pada hantaran sama, Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman memohon seluruh peminatnya berdoakan semoga dipermudahkan segala urusan jurulatihnya itu.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Azizulhasni berkata, kedai Beasley Cycles itu sudah bertapak sejak tahun 1919 lagi.

“Awak semua bayangkan dah bagi servis berkenaan basikal selama 103 tahun. Bayangkan ilmu dan pengalaman mereka dalam selok belok dunia basikal ni ‘you can’t go wrong with them’

“Untuk mereka yang baru-baru kenal dunia basikal ni dan dah rasa macam otai, baik korang tanye balik diri korang, tahun 1919 korang buat apa masa tu?, “soal Azizulhasni.

BACA:

Michael Hansen akui perjalanan 17 jam untuk jumpa Sakinah sangat mencabar

Syed Saddiq diarah bela diri oleh mahkamah

Netizen perasan sesuatu tengok Kak Lina rai bevday suami, “beza umur 10 tahun tu”

CATEGORIES