Kerana curi kad Touch n Go mangsa tanah runtuh Batang Kali, penjawat awam direman. Polis menahan seorang penjawat awam yang dipercayai mencuri barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada 16 Dis lepas.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata suspek berumur 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang, semalam, dan polis akan membuat permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Dalam persidangan media di sini hari ini beliau berkata susulan penahanan itu, polis turut turut merampas barangan yang dipercayai milik mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook dipercayai daripada salah seorang ahli keluarga mangsa, yang mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch ‘n Go milik mangsa.
Tragedi tanah runtuh pada 2.46 pagi itu mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak, dan seorang bayi lelaki berusia setahun.
BACA JUGA :
Menangis tengok pakcik galendangan ni masih tersenyum selepas kena buang anak sendiri
Ira Kazar: Ini latar belakang wanita paling popular di Malaysia sekarang