Menangis tengok pakcik galendangan ni masih tersenyum selepas kena buang anak sendiri

Menangis tengok pakcik galendangan ni masih tersenyum selepas kena buang anak sendiri

Menangis tengok pakcik galendangan ni masih tersenyum selepas kena buang anak sendiri. Seorang wanita, Khaleeda Nasuha berkongsi satu video di TikTok memaparkan warga emas yang menjadi gelandangan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Lebih menyedihkan, warga emas yang juga seorang bapa itu kelihatan seperti sedang merenung jauh semasa dirakam oleh Khaleeda di laluan menuju ke Transit Aliran Ringan (LRT).

Tanpa berfikir panjang, wanita tersebut mendekati lelaki yang berasal dari Kelantan itu dengan membawa makanan.

Menangis tengok pakcik galendangan ni masih tersenyum selepas kena buang anak sendiri

Ketika disoal pemilik video, lelaki tersebut menyatakan dia tidak memiliki rumah dan mempunyai dua orang anak, lelaki serta perempuan yang menetap berdekatan sebuah lapangan terbang.

“Semoga anaknya melihat video ini. Saya sudah tidak dapat menahan air mata,” kata Khaleeda dalam hantaran video tersebut.

Netizen mula mengenangkan kembali kenangan bersama ayah masing-masing, bagaimana jika boleh diputar semula waktu maka mereka akan luangkan lebih masa bersama orang tersayang.

@khaleeda_nasuha Nak mintak tolong share sampai anak anak dia jumpe video .Aku dah tak dapat tahan air mata weh#fyp #foryou #foryoupage #viral#foryourpage ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

“Kenapa tak mahu hargai orang tua yang masih ada. Kalau dekat, saya dah ambil pakcik ini duduk dengan saya. Sebab ayah saya dah tiada, rindu ayah,” komen @NormimiShaziren pada video tersebut.

Kalau bolehkan aku ambil pakcik ni, bawa balik rumah dan aku anggap dia macam ayah angkat aku. Aku nak juga rasa kasih sayang seorang ayah,” komen @idarghhh.

Kenapalah mereka buat macam ini, aku yang tak ada bapa ni teringin nak ada peluang dengan bapa. Hmm jangan bila dah tak ada baru menyesal,” tambah @mr.shaz.

Malah netizen sempat memuji ketabahan warga emas itu yang masih tersenyum walaupun hati menyimpan seribu duka.

Jauh termenung dia, dalam gelak ketawa dia ada sembunyi kesedihan,” komen @R|M_V1 pada hantaran tersebut.

BACA JUGA :

Ira Kazar: Ini latar belakang wanita paling popular di Malaysia sekarang

Kecoh ustazah tunggang agama peralat perubatan sunnah

Ini sebab utama KWSP potong gaji kita setiap bulan

 

CATEGORIES