Kecoh ustazah tunggang agama peralat perubatan sunnah

Kecoh ustazah tunggang agama peralat perubatan sunnah

Kecoh ustazah tunggang agama peralat perubatan sunnah. Individu menjadi mangsa penipuan ustazah kontroversi yang memperalatkan perubatan sunah untuk kepentingan diri, diminta tampil membuat laporan polis, lapor Harian Metro.

Antara doktrin wanita itu adalah dengan hanya melihat gambar lidah dan tubuh ketika sesi rawatan, sudah mampu mengenal pasti tahap penyakit seseorang, sama ada kronik atau sebaliknya, selain kononnya boleh berubat secara jarak jauh dengan hanya mengikut arahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata mana-mana individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan ustazah terbabit dinasihatkan tampil mengambil tindakan berkenaan bagi membolehkan polis meneliti dan menjalankan siasatan.

Kecoh ustazah tunggang agama peralat perubatan sunnah

“Jadi saya minta mereka yang menjadi mangsa penipuan itu dan mengalami kerugian diminta membuat laporan polis. “Siasatan secara telus akan dijalankan berkaitan laporan polis yang diterima.

Harian Metro hari ini melaporkan Khidmat Guam sedang mengumpul dan meneliti bukti berkaitan seorang ustazah yang didakwa memanipulasi perubatan sunah untuk kepentingan diri.

Pengarah Advokasinya, Mahmud Jumaat berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengadu sebelum ini, pihaknya mendapati wujud unsur penipuan dilakukan wanita yang sering mengundang kontroversi itu termasuk ugutan dan transaksi wang dalam jumlah yang besar.

Doktrin pelik ustazah itu apabila mendakwa mampu merawat penyakit pengikutnya secara sunah tanpa perlu pergi ke hospital serta menerima rawatan perubatan moden yang dianggapnya beracun dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Malah, dengan hanya menyentuh dan memeriksa tubuh pengikutnya, ustazah terbabit mendakwa mampu mengenal pasti penyakit dihadapi mereka sebelum mempromosikan ubat sunnah dengan jualan harga tidak masuk akal.

Bagaimanapun, dek kerana taasub menyebabkan ada pengikut sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli ubat-ubatan didakwa mengikut sunnah berkenaan.

Difahamkan, pengikut wanita terbabit yang menyertai kumpulan aplikasi Telegram bagi mempromosi perubatan sunnah kini mencecah 3,000 orang dan ada dalam kalangan mereka bergelar doktor, guru dan sebagainya.

BACA JUGA :

Baru umur 12 tahun, budak perempuan ni dah muntah-muntah sebab hamil

Bantuan RM60 Juta oleh Bernas: Ini butiran lanjut yang pesawah kena tahu

Terbeliak mata netizen tengok Mimi belanja tengah main gym

CATEGORIES