Usia 104 masih jadi nelayan, ramai kagum tengok makcik tua ni. Pada hari ini, setiap insan tanpa mengenal usia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.
Kesusahan serta kepayahan hidup yang dialami mungkin membuatkan sesetengah daripada mereka ini masih mengerah keringat dan berhempas-pulas demi mencari rezeki dan sumber pendapatan harian.
Begitulah juga yang dilalui seorang nenek yang berusia lebih dari 100 tahun ini apabila dia dilihat masih bertungkus-lumus bekerja sehingga ke hari ini.
Berumur 104 tahun
Kisah tersebut telah dikongsikan seorang pengguna Twitter, amriothmann baru-baru ini. Menurut pemuda ini, nenek tersebut sudah berusia 104 tahun dan masih melakukan aktiviti nelayan di Pulau Tuba yang terletak di Langkawi.
Dia seterusnya berharap agar ada pihak tertentu yang dapat memberi perhatian serta memberikan pertolongan kepada warga emas tersebut untuk kelangsungan hidupnya.
Jual belacan
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu berkata wanita warga emas tersebut dikenali sebagai Tokwan dan dia sebenarnya membuat belacan sendiri untuk dijual.
Menurutnya, wanita yang sudah berusia lanjut itu sering ke laut untuk menangkap udang bagi tujuan membuat belacan yang sedang diusahakannya itu.
Netizen terharu
Kesungguhan yang ditonjolkan wanita itu ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terharu dengan perkara tersebut.
Malah, mereka juga turut kagum dengan kudrat serta tenaga yang masih ada pada nenek itu lebih-lebih lagi tatkala usianya yang sudah melebihi paras 100 tahun.
BACA:
“Ni nak tala ke sapa bagi tengok?” – Lampu isyarat condong ke bawah jadi bahan ketawa
Awas letak kereta depan rumah jiran, anda boleh dipenjarakan!