Sudah mula protes besar-besaran, majoriti bilik gerakan UMNO mula ditutup

Oleh INFORAKYAT

Sudah mula protes besar-besaran, majoriti bilik gerakan UMNO mula ditutup. Persiapan Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol menerima tamparan hebat dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila 13 bilik gerakan di 13 UMNO cawangan di kawasan Parlimen berkenaan dilaporkan ditutup.

Tindakan itu dipercayai dilakukan berikutan rasa tidak puas terhadap calon kerusi Parlimen Jempol yang dikatakan bukan orang pilihan.

13 bilik gerakan UMNO cawangan terbabit yang dikatakan ditutup ialah Batu Kikir Timir, Kampung Gajah Mati, Kampung Kuala Kepis, Batu Kikir Pekan, Taman Melor, Rompin, Serting Hilir, Palong 13, Serting Hilir 7, Taman Seri Serting, Taman Seri Rompin, Serting Hilir 1 dan Palong 10.

Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang juga penyandang kerusi berkenaan dikatakan tidak dicalonkan.

Sebaliknya, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli, dikatakan diletakkan sebagai calon kerusi terbabit.

Sudah mula protes besar-besaran, majoriti bilik gerakan UMNO mula ditutup

Ini berdasarkan senarai nama calon yang ‘bocor’, melalui laman sosial sejak semalam, menunjukkan Mohd Salim digugurkan sebagai calon Parlimen Jempol.

Situasi itu dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati kalangan penyokong terhadap kepemimpinan tertinggi parti.

Sementara itu, Shamsulkahar ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kedudukan dirinya sebagai calon Parlimen Jempol.

“Tunggu sehingga pengumuman oleh pucuk pimpinan parti,” katanya.

Setakat ini, Pakatan Harapan (PH) sudah menamakan calon bagi kerusi berkenaan dengan meletakkan Ketua Wanita AMANAH Negeri Sembilan, Norwani Ahmat.

Pada PRU14, Mohd Salim menang dengan majoriti 1,631 undi.

BACA:

Peminat geram dengar Marlia komen persembahan ‘gila’ Tomok

‘Era FM tak sedia pantry untuk staff ke yang makan atas lantai ni?’ – netizen

Pelik pakcik ni bersungguh ajak cikgu tumpang motor, “rupanya baik ada makna”