Peminat geram dengar Marlia komen persembahan ‘gila’ Tomok

Peminat geram dengar Marlia komen persembahan gila Tomok

Peminat geram dengar Marlia komen persembahan ‘gila’ Tomok. Salah seorang ahli kumpulan New Boyz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail merupakan salah satu tonggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana Tomok merupakan satu-satunya anggota New Boyz yang kekal dari awal kemunculan sehingga kini biarpun ahli yang lain sering bersilih ganti.

Tomok melebarkan bakat nyanyiannya dengan menyertai Gegar Vaganza Musim Ke 9. Pada minggu ke 7, Tomok diberi tugasan untuk membawa lagu ‘Kenangan Lalu’. Namun, komen yang diberikan oleh juri telah membuat netizen bengang. Video komen juri untuk persembahan Tomok dimuatnaik akaun tiktok @newboyz

“Kenapa Sampai Gila Tomok?”

Datin Marlia Musa merupakan juri jemputan yang menggantikan Dato Syafinaz yang tidak dapat menghadiri pada malam tersebut telah memberi komen mengenai persembahan yang disampaikan oleh Tomok. Baginya, kosnsep yang dipersembahkan itu baik. Namun, persembahan Tomok ini terlalu intense sehingga dia merasa sakit sangat persembahan itu.

saya okey dengan konsep ini. cuma saya rasa intense sangat sampai rasa macam, erm, nak pergi mana tomok ni. sakit sangat nyanyian ini.- Komen Datin

Peminat geram dengar Marlia komen persembahan 'gila' Tomok

Datin Marlina juga mempersoalkan tentang persembahan yang berkonsepkan ‘orang gila’ kerana cinta yang dah pergi. Katanya:

rasa itu, pada cinta yang dah pergi. Cinta yang dah lari dari hidup dia. Jadi kenapa sampai gila Tomok?

Hiburan Tapi Serius

@newboyz1984 Komen Juri Tomok GV9 @TOMOK #gegarvaganza9 #tomokgv9 #komenjuri #mingguketujuh #kenanganlaluflybaits #newboyzmalaysia #tomoktwnty #nbianztomokianz #nbianzindonesia #foryoupage #fyp ♬ bunyi asal – New Boyz

Hasil tinjauan Murai My di video tiktok yang di muat naik, ramai netizen yang tidak berpuas hati dan bengang dengan komen-komen yang diberikan oleh Datin Marlia mengenai persembahan Tomok yang dikatakan begitu serius dalam memberi komen. Netizen sama sekali tidak setuju dan tidak faham dengan komen yang disampaikan.

Ape si datin tu borak dari kl sampai skudai pun aku tak faham mat

terbaik tomok 👍👍 you have done your best.. we love the way u bring e song.. comment2 yang entah pape tak faham tu.. tolak tepi je laa.. you are best

apooo datin ni . tak paham apo- netizen bengang

Ada juga yang komen yang menginginkan Dato Syafinaz kembali ke Gegar Vaganza. Menurut netizen, Dato Syafinaz pasti menyukai persembahan Tomok pada minggu ini. Ramai juga yang membanding-bandingkan Datin Marlina dan Dato Syafinaz.

kalau Dato Syafinaz naz ade .. mesti dia sukaaa konsep tomok

semua nak Dato Syafinaz

Annoying nyaa datin tu. Tak sesuai langsung jadi juri, sumpah Teacher syafinaz lagi best!- tulis netizen

Sekadar info, Tomok kini selesa bergerak sebagai artis solo lelaki dan dalam masa yang sama bergerak bersama kumpulan New Boyz. Kini Tomok dalam rangka menyiapkan album solo pertama beliau dengan kerjasama beberapa penggubah terkenal tanah air, antaranya Aubrey Suwito yang merupakan pencipta lagu Rindu Terhenti (lagu single pertama Tomok secara solo), Edry Abdul Halim (Edry KRU), Audi Mok, Aidit Alfian dan Shazee. Tomok juga menampilkan pemain gitar New Boyz iaitu Afiez (Hafeez As’Ad Azam) sebagai salah seorang pencipta lagu di dalam albumnya yang akan datang itu.

BACA:

Bantuan RM480 untuk semua suri rumah, semak kelayakan sekarang

“Jadikan sandwich lebih sedap” – bekas staff Subway dedah rahsia syarikat

Yasmin Hani akui tak suka masak, “sanggup berlapar, janji rumah bersih”

CATEGORIES