Ini jawapan Dr Amalina bila disoal pantang ikut kaedah tradisional

Oleh INFORAKYAT

Ini jawapan Dr Amalina bila disoal pantang ikut kaedah tradisional. Umum mengetahui pakar bedah yang juga personaliti terkenal, Dr Amalina baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya, Arabella Mia.

Disoal Adakah Mengikuti Kaedah Pantang Tradisional

Terkini, Dr Amalina menerusi Insta Stories dilihat menjawab persoalan oleh salah seorang pengikutnya yang bertanyakan adakah dia mengamalkan amalan berpantang secara tradisional selepas bersalin.

“Hanya kerana ingin tahu, adakah anda mengikuti mana-mana amalan berpantang Melayu?.”-Soal netizen.

Bakal Kongsi Tip Selepas Bersalin Berdasarkan Perubatan & Pengalaman Sebagai Pakar Bedah

Ini jawapan Dr Amalina bila disoal pantang ikut kaedah tradisional

Akui tidak mengamalkan kaedah berpantang secara tradisional, Dr Amalina menjelaskan bahawa dia akan berkongsi bersama orang ramai mengenai cara untuk menjadi sihat selepas bersalin berdasarkan perubatan dan pengalamannya sebagai pakar bedah.

“Tidak, tetapi saya akan berkongsi dengan anda dalam post saya yang seterusnya, apa yang saya lakukan dengan penjagaan selepas bersalin bagaimana menjadi cergas dan sihat selepas bersalin berdasarkan bukti perubatan dan pengalaman saya sebagai pakar bedah.”-Jelas Dr Amalina

Sementara itu, Dr Amalina turut berkongsi mengenai dirinya yang dibantu oleh suami, ibu dan ibu mertuanya sepanjang tempoh selepas bersalin.

Sekadar info, Dr Amalina telah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas di Masjid Central London pada 31 Mac 2021. Pasangan ini juga baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arabella Mia.

BACA:

Reka bentuk Chery buat rakyat Malaysia tak keruan, “kalah Honda HRV ni!”

‘Influencer’ iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu

Caprice akui ada masalah mental, terpaksa jumpa psikiatri