Reka bentuk Chery buat rakyat Malaysia tak keruan, “kalah Honda HRV ni!”

Reka bentuk Chery buat rakyat Malaysia tak keruan, “kalah Honda HRV ni!”

Reka bentuk Chery buat rakyat Malaysia tak keruan, “kalah Honda HRV ni!”. Jenama automotif China Chery kini membuat kemunculan semula di pasaran Malaysia dengan memperlihatkan lima buah model dalam satu acara yang dihadiri oleh para pengamal media, bakal pengedar dan rakan niaga.

Lima model yang dimaksudkan itu terdiri daripada SUV OMODA 5, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro serta penampilan pertama Tiggo 8 Pro PHEV di Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Negara Chery Malaysia, Leo Chen berkata, “acara ini signifikan buat kami kerana ia merupakan acara fizikal pertama Chery di bawah pasukan baharu.

Chery

“Mendekati pengguna adalah amat penting bagi Chery. Selain menyampaikan kejayaan global kami serta kemajuan kami dari segi teknologi, kualiti dan reka bentuk, acara prebiu ini merupakan platform untuk kami berinteraksi secara langsung dengan pengguna, serta memahami kehendak dan kemahuan mereka.

Reka bentuk Chery buat rakyat Malaysia tak keruan, "kalah Honda HRV ni!"

Mencuri tumpuan dalam acara prebiu kali ini sudah pasti model OMODA 5 (gambar utama) dengan bahasa reka bentuk ‘Art in Motion’ yang futuristik, serta teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS) dan skrin berkembar yang luas.

Setakat ini, pihak Chery Malaysia tidak mendedahkan secara terperinci spesifikasi bagi setiap model SUV yang dipamerkan, namun berdasarkan maklum balas yang diterima, pihak mereka akan menilai kesesuaian setiap model ini untuk pasaran Malaysia.

BACA:

Caprice akui ada masalah mental, terpaksa jumpa psikiatri

Arif Aiman kini paling mahal di Malaysia

Tawaran gaji hingga RM9000 di pelbagai syarikat, hadir ke temuduga khas ini

CATEGORIES