‘Influencer’ iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu

Influencer iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu

‘Influencer’ iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu. Pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali Cleopatra, menyuarakan hasrat bertanding di kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah syarikat pertahanan dan keselamatan itu berkata, beliau akan bertanding atas tiket Bebas dan tidak gentar untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam arena politik negara.

“Memandangkan PRU15 semakin hampir, saya dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan bahawa saya akan bertanding sebagai calon Parlimen Batu dalam PRU15 akan datang.

“Saya ingin memohon bantuan dan jasa baik semua terutama yang berasal dan menetap di kawasan Batu, Sentul dan sekitar Parlimen Batu untuk membantu dan menyokong saya sebagai sukarelawan atau ejen pilihan raya sebagai cara untuk memudahkan saya berkempen,” katanya.

Pada PRU lalu, kerusi parlimen batu dimenangi calon Bebas yang disokong PKR, P Prabakaran dengan majoriti 24,438 undi.

Influencer iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu'Influencer' iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu

Beliau menang dalam saingan empat penjuru menewaskan Dr Dominic Lau Hoe Chai dari Barisan Nasional (BN), calon PAS, Azhar Yahya dan seorang lagi calon Bebas, Datuk VM Panjamothy.

Dalam pada itu, Nur Fathiah mengakui dirinya sudah lama berminat dengan politik dan berharap peluang memegang amanah sebagai wakil rakyat membolehkan beliau membantu semua warga Parlimen Batu.

Mengenai isu utama yang akan diperjuangkan, katanya ia meliputi kesaksamaan gender, selain menangani isu masyarakat dan masalah yang menjejaskan peniaga serta melihat ketersambungan komuter di kawasan itu.

BACA:

Arif Aiman kini paling mahal di Malaysia

Tawaran gaji hingga RM9000 di pelbagai syarikat, hadir ke temuduga khas ini

Menggigil dengar irama serunai, pengantin buka langkah silat tiba-tiba terjatuh

CATEGORIES