Rumahtangga Sakinah dan suami dah berakhir? Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangganya sudah berakhir.
Berdasarkan status yang ditulis, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata, dia dan juga suaminya, Michael Hensen mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza, sekali gus tidak boleh menjadi pasangan.
“Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.
“Sebab itu kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya.
Sakinah bagaimanapun mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.
Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Sakinah menerusi panggilan telefon dan WhatsApp bagaimanapun tidak dibalas.
Michael, 42, dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari lalu selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.
Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.
Sementara itu, Michael mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Lihat siaran ini di Instagram
BACA:
Najib keluar kenyataan berkaitan PRU15, ini penegasan dari Penjara
Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf
Bawa staf pergi bercuti, rakyat Malaysia impikan majikan seperti Khairul Aming