Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf

Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf

Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf. Pelakon, Yana Samsudin meminta satu akaun Facebook yang menggunakan nama dan gambarnya untuk memadam dan membuat permohonan maaf sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

Dalam hantarannya di beberapa platform media sosialnya, Yana memuat naik video menjelaskan bahawa dia tidak ada kena mengena dengan produk berupa makanan untuk menguruskan badan itu.

“Boleh saman orang ini sebenarnya. Sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf. Jangan sampai ‘Kak Yong’ datang,.

“Ada pihak yang menyamar menjadi saya, membuat akaun palsu di Facebook seolah-olah, itu adalah saya yang sebenar. Mereka menipu pelanggan di luar sana terutamanya peminat saya untuk menjual barang iaitu produk yang dia cakap, boleh kuruskan badan,” katanya.

Tambah Yana, gambarnya digunakan oleh pemilik akaun itu dan disunting supaya kelihatan seperti sedang memegang produk mereka.

Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf

“Ini semua tak benar, tak betul dan saya tak pernah pegang. Ini kali pertama saya tengok produk itu. Ini gambar sebenar yang sudah disunting.

“Memang kartunlah suntingan dia. Suami saya sunting lagi cantik. Sebenarnya, saya pegang kerepek.

“Ini pula gambar terbaharu saya, pun dia letak. Ini, saya sedang makan lontong ya kawan-kawan,” katanya.

Yana menegaskan kepada pihak berkenaan supaya tidak menggunakan gambar selebriti secara tidak bertanggungjawab untuk melariskan produk.

“Janganlah tipu orang, menggunakan gambar selebriti. Lagi pula, kita pun tak tahu, produk dia halal ke tidak, ada (kelulusan) KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) atau tidak, entah ada produk racun berjadual atau tidak.

“Entah ada babi,” katanya.

Sebelum ini, isu penyalahgunaan gambar selebriti oleh produk dan pengasas produk tidak bertanggungjawab pernah berlaku kepada beberapa selebriti terkenal tanah air termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Awie.

BACA:

Main game boleh dapat RM600K, lelaki dari Shah Alam ni bongkar rahsia

Deepavali: KPM umum cuti tambahan 2 hari kepada sekolah

Perkongsian wanita jelajah Eropah DIY selama 3 minggu raih perhatian, siap kongsi tips

CATEGORIES