Najib keluar kenyataan berkaitan PRU15, ini penegasan dari Penjara

Najib keluar kenyataan berkaitan PRU15 ini penegasan dari Penjara

Najib keluar kenyataan berkaitan PRU15, ini penegasan dari Penjara. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk perkara-perkara berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, banduan-banduan yang sedang menjalani hukuman penjara termasuk bekas Perdana Menteri keenam itu tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Malah menurut beliau, kesemua surat serta dokumen yang dikeluarkan juga perlu ditapis terlebih dahulu.

“Termasuk surat yang akan dihantar kepada keluarga, ia akan ditapis oleh pihak penjara dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara yang dirasmikan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Nordin di Muzium Penjara Banda Hilir di sini pada Khamis.

Najib keluar kenyataan berkaitan PRU15 ini penegasan dari Penjara

Jelas beliau, Jabatan Penjara Malaysia sebuah jabatan kerajaan yang tidak terlibat dengan mana-mana politik dan warganya terus menggalas tanggungjawab yang diamanahkan biar siapa pun kerajaan yang memerintah.

Sebelum ini media melaporkan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan keluar berkempen pada PRU15.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad berkata, bekas Perdana Menteri itu sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara.

Sinar Harian pada 23 Ogos lalu melaporkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International.

BACA:

Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf

Bawa staf pergi bercuti, rakyat Malaysia impikan majikan seperti Khairul Aming

Netizen kata perangai Jebat sebijik macam Sharnaaz, ‘betul-betul ikut perangai baba’

CATEGORIES