KKM arah semua restoran label kalori setiap makanan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan projek rintis pelabelan menu agar maklumat kalori setiap makanan dipaparkan di kafeteria dan restoran mulai tahun depan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan projek itu akan dilaksanakan di kafeteria dan restoran sekitar Putrajaya sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara.
Menurutnya, Bahagian Pemakanan KKM sedang mengenalpasti kafeteria dan restoran yang akan mengambil bahagian dalam projek ini.
“Kementerian juga melihat kerjasama dengan syarikat restoran makanan segera agar pelabelan menu turut dapat dilaksanakan di rangkaiannya.
“Sajian mereka tidak banyak berubah di rangkaian lain, jadi ini memudahkan pelaksanaan projek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di sini pada Rabu.
Hadir sama, Datuk Harjeet Singh.
Beliau berkata, segala persediaan termasuk maklumat pemakanan akan disediakan KKM bagi memudahkan pengusaha kafeteria dan restoran.
“Mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan konsultan bagi melabelkan menu-menu yang dijual,” katanya.
Khairy berkata, projek rintis yang dijadual berjalan sekitar enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan putuskan untuk diwajibkan atau sebaliknya.
“Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan,” katanya.
BACA:
Pemuda datang naik motosikal daftar sendiri masuk Universiti dipuji
Tom Cruise buat kerja gila lagi, berlakon luar angkasa pula
Tragedi stadium bola: 131 nyawa terkorban, ratusan polis sujud mohon maaf
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio