Tragedi stadium bola: 131 nyawa terkorban, ratusan polis sujud mohon maaf

Tragedi stadium bola: 131 nyawa terkorban, ratusan polis sujud mohon maaf

Tragedi stadium bola: 131 nyawa terkorban, ratusan polis sujud mohon maaf. Seramai 100 orang anggota Polis Malang Kota di Indonesia melakukan sujud sebagai bentuk permohonan maaf atas kematian 131 mangsa dalam tragedi di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober lalu, lapor Kompas.com.

Menurut pakar psikologi forensik dan pemerhati polis Reza Indragiri Amriel dalam satu kenyataannya yang dibuat melalui WhatsApp, tindakan pihak Polis Malang Kota yang sujud sedemikian diharap dapat meyakinkan orang ramai bahawa pihak polis benar-benar meminta maaf bagi tragedi tersebut.

Reza berkata, tindakan Polis Malang Kota itu adalah sama dengan tindakan simpati yang dilakukan oleh pasukan polis di Amerika Syarikat yang melutut sebagai tanda maaf atas kematian seorang warga minoriti kulit gelap, George Floyd pada 25 Mei 2020.

Menurut Reza, sikap meminta maaf dan insaf amat penting sebagai satu bentuk kekesalan kepada orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian itu.

“Tidak seperti perbuatan jenayah dan etika, yang mungkin biasa mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diselesaikan. Kesedihan rakyat pasti akan berlaku dalam tempoh yang lama,” kata Reza.

Tragedi stadium bola: 131 nyawa terkorban, ratusan polis sujud mohon maaf

Reza juga berharap Polis Negara bukan sahaja memohon maaf malah memperbaiki diri agar serius melakukan reformasi dalaman.

“Ia telah berkembang pesat selama beberapa dekad dan terjadi sekali lagi kebelakangan ini. Bagaimanakah pembaharuan itu akan dilakukan?’ kata Reza lagi.

Semalam, Ketua Polis Malang Kota, Kombes Budi Hermanto bersama anggota polis yang lain telah bersujud pada himpunan pagi di perkarangan Balai Polis Kota Malang.

Menurut Kombes, tindakan melutut dan sujud itu dilakukan bagi memohon keampunan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Selain itu, tambahnya tindakan itu juga sebagai bentuk permohonan maaf kepada mangsa tragedi Kanjuruhan dan keluarga mereka.

Tidak hanya sujud, Kombes bersama anggota polis yang lain termasuk Petugas Utama turut berselawat dalam perhimpunan itu.

“Kami mendoakan agar saudara-saudari kita Aremania dan Aremanita yang menjadi mangsa tragedi Kanjuruhan diterima di sisiNya dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan. Kita juga sama-sama memohon keampunan Allah SWT agar kejadian ini tidak berulang lagi,” kata Kombes.

Dia turut berharap agar keamanan dan kelakuan maysarakat di Malang boleh kembali kondusif.

“Kami juga berharap agar situasi kembali kondusif dan persoalan mengenai tragedi Kanjuruhan segera diselesaikan,” ujarnya.

Dilaporkan juga, seramai kira-kira 100 anggota Balai Polis Malang Kota menyertai sujud permohonan maaf itu.

BACA:

Neelofa geram orang ramai sebar gambar Bilal

Tular tempat cantik macam dalam ‘anime’, rupanya di Kelantan

Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa ‘mengemis’

CATEGORIES