Tom Cruise buat kerja gila lagi, berlakon luar angkasa pula

Tom Cruise buat kerja gila lagi, berlakon luar angkasa pula

Tom Cruise buat kerja gila lagi, berlakon luar angkasa pula. Tom Cruise akan menjadi pesohor seni pertama dunia yang akan menjalani penggambaran di luar angkasa.

Laporan mengenai aktor berusia 60 tahun itu ingin melakukan penggambaran di luar angkasa menjadi tajuk utama berita hiburan media antarabangsa.

Projek mega dan di luar jangkaan itu akan dilaksanakan bersama pengarah Doug Liman dengan Universal Filmed Entertainment Group (UFEG) sebagai pengeluar.

Malah Pengerusi UFEG, Donna Langley telah mengesahkan kerjasama yang akan menjadi sejarah pertama di dunia itu.

“Saya fikir Tom Cruise akan membawa kita ke luar angkasa dengan projek terbaharunya.

Tom Cruise buat kerja gila lagi, berlakon luar angkasa pula

“Ini perancangannya. Projek yang kami ingin jayakan bersama Cruise sangat luar biasa.

“Kita akan menaiki roket dan memulakan penggambaran di luar angkasa,” kata Langley seperti dilaporkan Hypebeast.

Langley bagaimanapun berkata kebanyakan babak akan dirakamkan di Bumi, namun ada babak yang akan menjalani penggambaran di luar angkasa.

“Karakternya adalah tentang seorang manusia yang akan ke luar angkasa untuk menyelamatkan kehidupan,” katanya lagi.

Biarpun begitu, Cruise yang sebelumnya sukses dengan filem Top Gun: Maverick, belum memberi sebarang kenyataan mengenai projek yang belum diketahui bila akan terlaksana dan butiran lainnya.

BACA:

Kos Umrah naik mencanak lagi

Neelofa geram orang ramai sebar gambar Bilal

Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa ‘mengemis’

CATEGORIES