Neelofa geram orang ramai sebar gambar Bilal

Oleh INFORAKYAT

Neelofa geram orang ramai sebar gambar Bilal. Pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui terkilan dengan seorang pengguna TikTok yang sewenang-wenangnya merakamkan video anaknya, Muhammad Bilal dan memuat naik di platform media sosial tersebut.

Kata Neelofa, tindakan individu terbabit secara tidak langsung telah mencabul ruang privasinya dan keluarga.

“Sebagai ibu, saya tersinggung dengan perkara itu. Kalau nampak, nampaklah. Tetapi, jangan sampai rakam dan muat naik di media sosial.

“Saya tidak akan halang. Tetapi, tolong hormati saya dan suami sebagai ibu bapa Bilal. Kenapa nak buat sesuatu yang saya, sebagai ibu tidak buat lagi?,” luahnya ketika ditemui selepas sesi sidang media rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, petang tadi.

Neelofa mengulas mengenai rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok ketika mereka berada di sebuah klinik di ibu negara, baru-baru ini.

Neelofa geram orang ramai sebar gambar Bilal

Tambah bekas pengacara program Meletop itu, dia berharap masyarakat memahami sebab musabab dia merahsiakan identiti Bilal dan memohon ruang privasi dia serta keluarga dihormati.

“Saya sudah banyak sangat bercakap tentang perkara ini. Cukuplah, saya sudah penat. Banyak aktiviti dan program di luar sana melibatkan saya dan keluarga nanti.

“Kalau terserempak, saya tidak akan sorok. Tetapi, saya mohon hormati privasi saya dan keluarga. Saya dan suami sudah rancang untuk berkongsi wajah Bilal apabila tiba masa yang sesuai nanti,” ujarnya.

BACA:

Tular tempat cantik macam dalam ‘anime’, rupanya di Kelantan

Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa ‘mengemis’

Netizen ‘sound’ dah berani pakai baju ketat, Bonda Rozita sekolahkan balik