Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa ‘mengemis’

Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa ‘mengemis’

Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa ‘mengemis’. Wan Maimunah, seorang pelakon veteran berbakat telah membuat pendedahan bahawa dirinya tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukannya walaupun sebenarnya dia layak mendapat lebih disebabkan bakat lakonan dimilikinya.

Menerusi laporan, Wan Maimunah mengatakan bahawa dia terpaksa mengemis untuk mendapatkan haknya apabila ada pihak produksi bersikap culas untuk membuat pembayaran dan dia memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tidak seberapa.

“Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu (panggilan Wan Maimunah) minta tambah dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.

“Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menyalahkan pihak produksi sepenuhnya tetapi merayu agar pihak penerbit lebih peka. Malah, dia sudah memaafkan dan menghalalkan pada pihak yang masih belum melunaskan bayaran kepadanya.

Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa 'mengemis'

BACA:

Azri Iskandar dakwa bakal nikah dengan Dr Azra cuti sekolah ini

Parlimen bubar, harga ikan dan ayam terus mencanak naik

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia, dibayar lebih RM40K satu ‘show’?

CATEGORIES