“25 tahun tak pernah potong kuku”

Oleh DAHLIA MARZUKI

“25 tahun tak pernah potong kuku”. Bela kuku sepanjang 13 meter, 25 tahun tak pernah potong!. Tak dapat bayangkan bagaimana menguruskan kehidupan seharian apabila memiliki kuku yang sangat panjang. Serba serbi rasanya menjadi sukar. Pasti ada alasan tersendiri, kerana tidak mahu memotong kuku.

Kematian Anak Jadi Punca

Wanita pemegang rekod dengan kuku tangan paling panjang di dunia, Diana Armstrong, 64, mendedahkan punca dia berhenti memotong kuku disebabkan kematian anak perempuannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut Armstrong, anaknya, Latisha meninggal dunia semasa tidur akibat serangan asma semasa berusia 16 tahun.

Mendiang ialah individu yang bertanggungjawab merias kuku Armstrong setiap hujung minggu dan selepas kematiannya, wanita itu bersumpah tidak akan memotong kuku tangan lagi.

"25 tahun tak pernah potong kuku"

“INI ADALAH CARA BAGAIMANA SAYA MENGENANG LATISHA SELEPAS DIA MENINGGALKAN SAYA SECARA TIBA-TIBA,

“HANYA DIA SAHAJA YANG TAHU BAGAIMANA MAHU MERIAS KUKU SAYA DENGAN BAIK DAN SAYA MAHU SENTUHAN KALI TERAKHIRNYA PADA KUKU SAYA TIDAK HILANG,” KATANYA.

Kali Terakhir Potong 25 Tahun Lepas

Kali terakhir Armstrong memotong kuku tangannya adalah pada tahun 1997, iaitu 25 tahun yang lalu. Jumlah keseluruhan gabungan kuku tangan yang dimiliki wanita ini berukuran 13 meter yang bersamaan panjang sebuah bas sekolah.

Kuku pada ibu jari kanannya adalah yang paling panjang, berukuran 1.2 meter, manakala kuku pada jari kelinking kirinya adalah yang paling pendek iaitu 0.9 meter.

Menurut Armstrong, sejak memiliki kuku panjang, dia terpaksa melupakan hasrat memandu kenderaan, pergi ke tandas awam dan sering bergelut untuk menarik zip pakaian.

BACA:

Azri Iskandar dakwa bakal nikah dengan Dr Azra cuti sekolah ini

Parlimen bubar, harga ikan dan ayam terus mencanak naik

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia, dibayar lebih RM40K satu ‘show’?