Nabil pengacara paling mahal di Malaysia, dibayar lebih RM40K satu ‘show’?

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia dibayar lebih RM40K satu show

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia, dibayar lebih RM40K satu ‘show’? Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad dikatakan menjadi pengacara yang mendapat bayaran tertinggi dalam negara.

Berdasarkan hantaran video dimuat naik pengguna di aplikasi TikTok dengan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal, Nabil yang juga pengacara program Gegar Vaganza selama sembilan musim dibayar RM40,000.

Malah, jumlah itu jauh meninggalkan enam pengacara lain seperti Zizan Razak (RM30,000); Datuk AC Mizal (RM28,000); Datuk Aznil Nawawi (RM25,000 hingga RM28,000); Awal Ashaari (RM25,000); Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).

Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, dia tidak pernah mendapat bayaran setinggi itu.

“Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri. Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu.

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia dibayar lebih RM40K satu'show'?

“Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay. Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, sepanjang 14 tahun terbabit dalam bidang seni, apa yang menjadi keutamaan adalah menjalin hubungan baik dalam jangka masa panjang dengan semua pihak yang pernah bekerjasama dengan dirinya.

“Kalau dapat klien berulang, kita tahu dia suka dengan harga, mengacara, cara ‘PR’, maksudnya kita di jalan betul. Bagi saya, tidak ada jaminan jika meletakkan harga tinggi boleh memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh.

“Kita kena sedar tak boleh puaskan semua hati. Pasti akan ada yang cakap tak ‘best’ pun. Lebih baiklah harga sederhana saja. Saya lebih suka hubungan jangka masa panjang,” katanya.

BACA:

Pelajar cipta botol mesra alam sekitar, automatik reput lepas habis minum

Baru je bercerai, selebriti terkenal wanita dah berani bercuti dengan pelakon lelaki

Genius..lelaki berjaya tipu Google maps buat ‘fake’ traffic jam

CATEGORIES