Parlimen bubar, harga ikan dan ayam terus mencanak naik

Parlimen bubar harga ikan dan ayam terus mencanak naik

Parlimen bubar, harga ikan dan ayam terus mencanak naik. Harga hampir semua jenis ikan yang dijual di pasar di bandar raya dikesan mengalami kenaikan harga 20 hingga 30 peratus akibat bekalan berkurangan susulan cuaca tidak menentu pada fasa peralihan monsun timur laut ketika ini.

Tinjauan di Pasar Chowrasta di sini mendapati harga ikan kembung dijual pada harga RM12 hingga RM14 sekilogram, cencaru RM10 sekilogram, bawal hitam RM32 sekilogram dan ikan selar dijual RM20 manakala jenahak antara RM35 hingga RM40 sekilogram.

Peniaga, Hamid Osman, 55, berkata selain peraih tempatan dia turut mendapatkan bekalan ikan dari Thailand untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

“Secara keseluruhan harga ikan naik antara 20 hingga 30 peratus tapi kalau bekalan banyak harga boleh turun. Walaupun agak mahal ikan habis dijual pada jam 11 pagi.

“Contohnya, bawal hitam minggu lalu harganya RM28 hingga RM30 sekilogram tapi hari ini sudah naik RM32,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Parlimen bubar harga ikan dan ayam terus mencanak naik

Seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Tan, 47, mengakui mendengar rungutan pelanggan berhubung harga hasil tangkapan laut yang dianggap mahal namun menganggapnya situasi biasa dalam perniagaan.

“Tapi bila ikan mahal saya tengok pelanggan tak ramai beli, jadi saya tak ambil banyak bekalan biar sikit tapi habis sebelum pasar tutup,” katanya.

Sementara itu, peniaga ayam, Mohamad Nasir Abdul Kalam, 31, berkata, harga ayam yang mengalami peningkatan 60 sen sejak bulan lalu dijangka akan naik sekitar 30 sen lagi pada minggu ini atau minggu depan.

“Sejak bulan lalu harga ayam sudah naik dua kali dan setiap kali harga bertambah 30 sen tapi bekalan tiada masalah dan ayam pun besar-besar.

“Setiap hari kami ambil 150 ekor ayam standard dengan harga borong antara RM8.70 hingga RM8.90 dan jual pada harga ditetapkan kerajaan (RM9.40) jadi untung makin nipis dan kami tak kenakan caj perkhidmatan kerana takut pelanggan lari,” katanya.

Manakala seorang pelanggan, Faridah Ibrahim, 54, berkata barang mentah di pasar awam lebih segar berbanding pasar raya besar walaupun harganya agak mahal.

“Kenaikan ini memang terasa. Saya berbelanja RM100 hingga RM200 seminggu untuk ikan, ayam dan sayur,” kata ibu kepada empat anak itu.

BACA:

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia, dibayar lebih RM40K satu ‘show’?

Pelajar cipta botol mesra alam sekitar, automatik reput lepas habis minum

Baru je bercerai, selebriti terkenal wanita dah berani bercuti dengan pelakon lelaki

CATEGORIES