Pegawai menteri dah mula kemas pejabat

Oleh INFORAKYAT

Pegawai menteri dah mula kemas pejabat. Tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi topik hangat beberapa hari ini, dengan Perdana Menteri masih ‘mengunci’ mulut mengenai perkara penting itu.

Masih berteka-teki, namun, desas-desus bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat semakin bertiup kencang.

Desas-desus itu dikuatkan lagi dengan tindakan beberapa pegawai lantikan politik di kementerian yang bertindak mengosongkan bilik masing-masing bermula Rabu.

Salah seorang pegawai terlibat turut berkongsi di media sosial dengan mengatakan sudah siap berkemas mengosongkan pejabat.

“Dah siap berkemas untuk kosongkan pejabat. Saya rasa bersyukur dapat diberi peluang berkhidmat sekali lagi dalam kerajaan.

Pegawai menteri dah mula kemas pejabat

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, pegawai berkenaan dilihat menjelaskan tiada arahan dikeluarkan untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya, sebaliknya sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

“Jika tiada pembubaran Parlimen selepas Sidang Dewan Rakyat berakhir, saya akan kemas balik ofis di Putrajaya,” jelasnya.

Sebelum ini, semasa bercakap kepada media, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis, iaitu sehari sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat.

Selain Bajet 2023, perincian mengenai sesi menghadap iaitu sama ada ia turut melibatkan pembubaran parlimen , masih menjadi tanda tanya.

BACA:

Pengguna Iphone 14 bongkar masalah perantinya

Hael Husaini kena kecam pakai rantai emas, “ikut sangat gaya K-pop” – netizen

Scalpers terpaksa lelong iphone 14 dengan harga RM653, takut rugi besar