Pengguna Iphone 14 bongkar masalah perantinya

Pengguna Iphone 14 bongkar masalah perantinya

Pengguna Iphone 14 bongkar masalah perantinya. Walaupun Apple sering dikaitkan dengan penawaran produk atau perisian yang sempurna. Produk Apple juga tidak lari dengan masalah yang mungkin timbul di luar jangkaan termasuklah pada siri iPhone 14 baharu bersama kemas kini iOS 16.

Menerusi ciapan MKBHD, beliau menanyakan soalan bagaimana pengalaman penggunaan siri iPhone 14 dan juga kemas kini iOS 16 setakat ini oleh para pengguna. Agak mengejutkan ramai juga yang mengalami masalah atau bug menerusi produk dan kemas kini yang ditawarkan oleh Apple baru-baru ini.

Antara masalah unik yang dihadapi oleh sesetengah pengguna iPhone 14 Pro adalah ciri Dynamic Island dilihat telah bertukar tempat dari notch ke bahagian sisi kanan atas secara tiba-tiba. Masalah ini kekal berlarutan walaupun sudah restart beberapa kali dan hanya beransur pulih secara automatik selepas itu.

Ada yang lebih kritikal apabila paparan skrin utama menghadapi isu freeze yang membuatkan sebarang navigasi tidak boleh dibuat. Solusi terakhir hanyalah dengan menghidupkan semula peranti tersebut tetapi dilihat sangat tidak praktikal dalam kegunaan seharian.

Masalah lain yang dihadapi menerusi iOS 16 pula adalah sebahagian model terdahulu menghadapi masalah tidak responsif sewaktu menavigasi. Selain itu, sebahagian pengguna juga menghadapi masalah perisian yang mana iPhone 14 Pro itu kelihatan tidak terkawal sehingga tidak boleh dinavigasi sama sekali.

Pengguna Iphone 14 bongkar masalah perantinya

Dalam masa yang sama, ramai turut meluahkan tentang bateri yang menurun secara mendadak sehingga mengganggu aktiviti seharian mereka. Secara keseluruhannya, masalah yang dihadapi lebih cenderung kepada isu perisian iOS 16 sahaja.

Masalah perisian ini boleh diselesaikan dengan kemas kini terbaharu oleh Apple. Bagaimanapun, kehadiran isu-isu ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap produktiviti pengguna iPhone di luar sana.

BACA:

LHDN tak jadi ambil tindakan terhadap anak Najib

Ustaz Azhar Idrus timang anak ke-12, “power ustak!”- netizen

Budak berlakon kena rasuk saka harimau, elak kena cekup dengan polis

CATEGORIES