Bumi berputar semakin laju, Saintis dedah perkara menakutkan bakal berlaku. Apa akan jadi kalau bumi tiba-tiba je bergerak laju? Fuh. Takut kita mendengarnya.
Saiz ukur lilit Bumi adalah sekitar 40,075 kilometer di Khatulistiwa dan berputar pada kelajuan sekitar 1670 kilometer/jam.
Walaubagaimanapun, putaran Bumi yang sepatutnya bersamaan 24 jam satu hari telah menjadi pendek menurut saintis.
Memetik dari wiser.my, ia berdasarkan kepada jam atomik yang menunjukkan putaran Bumi kini semakin laju.
Malah saintis mengesan Bumi merekodkan putaran paling laju telah berlaku pada 29 Jun 2022 lalu dan pada 26 Julai 2022 lalu pula, Bumi telah kehilangan masa sebanyak 1.5 milisaat.
Tetapi perisitiwa itu bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini iaitu pada 19 Julai 2020 dahulu, masa Bumi telah menjadi pendek sebanyak 1.4602 saat pada tarikh tersebut.
Sehingga kini, saintis belum tahu punca mengapa putaran Bumi menjadi semakin pantas.
Tetapi terdapat beberapa teori yang saintis berikan kepada berlakunya perkara itu. Antaranya adalah kaitan ais glasier semakin berkurangan akibat mencair sehingga mengurangkan berat di kutub Bumi dan aktiviti seismik Bumi.
BACA:
Waris Mahsuri Ketujuh munculkan diri, “Semua mata tak berkelip tengok..”
Sharnaaz Ahmad jawab spekulasi kahwin semula dengan Noor Nabila
Rupanya arwah Fajim pernah terbabit kemalangan pesawat sebelum ni, ini kisah sebenar