Waris Mahsuri Ketujuh munculkan diri, “Semua mata tak berkelip tengok..”

Waris Mahsuri Ketujuh munculkan diri Semua mata tak berkelip tengok

Waris Mahsuri Ketujuh munculkan diri, “Semua mata tak berkelip tengok..” Pernah dengarkan kisah Mahsuri? Tipu kalau kita rakyat Malaysia tak kenal Mahsuri. Siapa yang pergi Langkawi mesti tahu cerita lagenda ini.

Sebuah kisah mengenai seorang wanita yang difitnah lalu dihukum tanpa kerelaan.

Disebabkan itu Langkawi disumpah sehingga 7 genarasinya tidak akan aman selama tempoh tersebut. Bagaimanapun, beberapa tahun lalu kecoh dengan berita keturunan ke-7 Mahsuri sudah pun ditemui.

Waris Mahsuri itu adalah Wan Aishah, seorang gadis jelita yang bersekolah di Thailand. Kejelitaan Wan Aishah menjadi buah mulut dengan ramai yang beranggapan Mahsuri itu cantik sepertinya.

Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan waris Mahsuri, Wan Aishah bergambar di sebuah kedai makan telah menjadi perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

Waris Mahsuri Ketujuh munculkan diri, "Semua mata tak berkelip tengok.."

@miorjohan Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan😭💪💦🤲🌾🦅 ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Cantik dan ayu sungguh rupa paras wanita ini! Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun miorjohan dan telah meraih lebih 791 ribu tontonan dan 56 ribu likes.

Rupa paras jelitanya juga menjadi bualan ramai dengan ada yang berpendapat wajahnya seakan macam pelakon popular Filipina, Marian Rivera dan pelakon Malaysia, Rita Rudiani.

BACA:

Rupanya arwah Fajim pernah terbabit kemalangan pesawat sebelum ni, ini kisah sebenar

Arab Saudi buat projek “gila”, belah padang pasir bina bangunan mewah 120 Kilometer

‘Selama hidup tak pernah minum kopi semahal ni’-Kisah pakcik masuk Starbuck buat netizen ketawa

CATEGORIES