Sharnaaz Ahmad jawab spekulasi kahwin semula dengan Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad jawab spekulasi kahwin semula dengan Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad jawab spekulasi kahwin semula dengan Noor Nabila. kecoh hari ini di media sosial berkenaan pergolakan rumah tangga Noor Nabila dan engku Imran. Rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila kembali menjadi bualan ramai apabila usahawan terkenal itu bertindak memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.

Isu itu membuatkan warganet tertanya-tanya sama ada benar mahligai yang dibina itu sedang bergolak dan secara tidak langsung mengaitkan nama bekas suami Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @iranadhirah bertindak berani mati apabila cuba menjodohkan Sharnaaz dan Nabila kembali.

Ini berikutan tindakan Nabila yang mempertahankan bapa kepada anaknya, Jayden Ahmad yang didakwa memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, baru-baru ini.

Ciapan itu telah mengundang pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad untuk memberikan reaksi. Kata pelakon berumur 36 tahun, tindakan wanita itu tidak seiring dengan penampilan dirinya yang bertudung labuh berdasarkan gambar profil.

Sharnaaz Ahmad jawab spekulasi kahwin semula dengan Noor Nabila

Tidak habis di situ, wanita itu membalas, “Lah tak kutuk pun kot. Rileks la.”

Pada Jun lalu, Nabila menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah. Katanya, dia dan suami memilih untuk jarang berkongsi foto bersama memandangkan ini perkahwinan kali ketiga untuk mereka berdua.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

BACA:

Rupanya arwah Fajim pernah terbabit kemalangan pesawat sebelum ni, ini kisah sebenar

Arab Saudi buat projek “gila”, belah padang pasir bina bangunan mewah 120 Kilometer

‘Selama hidup tak pernah minum kopi semahal ni’-Kisah pakcik masuk Starbuck buat netizen ketawa

CATEGORIES