Pemuda tangkap budak solat di surau tengok aksi ‘gay’ di telefon. Ledakan teknologi maklumat di samping kewujudan pelbagai aplikasi media sosial telah membentuk generasi kini menjadi lebih moden, berfikiran terbuka serta di luar jangkauan.
Ditambah pula, setiap maklumat dan informasi dapat diakses hanya dengan menggunakan telefon pintar.
Malah kanak-kanak seawal usia setahun juga sudah memiliki gajet sendiri yang membolehkan mereka menonton apa sahaja isi kandungan di media sosial tanpa batasan jika tiada kawalan ketat dari ibu bapa.
Perkembangan yang pantas itu menyebabkan pelbagai laporan berkaitan seksual dan pornografi dalam kalangan kanak-kanak heboh diperkatakan sehingga menggerunkan golongan dewasa.
Seperti yang dinyatakan Haikal Zulkefli, dia terkejut apabila mengetahui kanak-kanak berusia sekitar lima hingga tujuh tahun sudah mahir berbicara perkataan lucah.
Malah mereka turut melakukan aksi tidak senonoh yang ‘dipelajari’ melalui tontonan video di telefon.
Bercerita lanjut mengenainya, ujar Haikal, kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu ketika dia mengunjungi sebuah surau untuk solat Maghrib.
“Masa nak masuk surau, nampaklah ada sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun sedang berkumpul.
“Disebabkan nak cepat, saya masuk tanpa hiraukan mereka,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.
Bagaimanapun, seusai solat dan ketika bergerak menuju ke kereta, dia masih melihat kanak-kanak tersebut berkumpul.
Mengakui rasa tidak sedap hati melihat perlakuan kumpulan berkenaan, dia terus bergerak menuju ke arah mereka kerana ingin mengetahui apa yang sedang dilakukan.
“Saya cuba menyorok di sebalik tembok surau sebab nak tengok apa yang mereka buat tanpa disedari. Biasa kalau budak-budak tengah happy ni, sama ada main ML (mobile legend) atau tengok video.
“Tapi kali ni terkejut bercampur sedih sebab bila dah dekat dengan mereka, tak lekang dari mulut masing-masing perkataan lucah yang saya sendiri pun tak tergamak nak sebut.
“Paling tergamam, mereka buat aksi based on benda yang ditengok,” luahnya lagi.
Menurut Haikal, kanak-kanak berkenaan bukanlah menonton video lucah sebaliknya melihat movie BL atau ‘boy’s love’.
Katanya, ia diketahui selepas mendengar salah seorang budak menyebut perkataan BL semasa bersembang.
“Kebetulan adegan yang sempat saya tengok tu adalah adegan lelaki sesama lelaki berciuman,” jelasnya.
Enggan terus membiarkan perbuatan kanak-kanak terbabit, dia memunculkan diri dan meminta mereka menutup ‘movie’ berkenaan sebelum telefon dirampas dan diberikan kepada ibu bapa.
“Saya pun sebab tak tahan terus munculkan diri dan minta mereka tutup movie sebelum saya sendiri ambil dan bawakan pada ibu bapa. Mereka memang takut dan lesap sekelip mata,” luahnya lagi.
Baru-baru ni lepas rehat ada dua orang budak lelaki makan biskut siap bersuap sambil disorak kawan depan… acah-acah sweet senyum simpul.
NETIZEN
Mengulas tentang situasi tersebut, Haikal berkata ia berpunca daripada sikap masyarakat yang menormalisasikan soft porn.
Tambahnya, susulan itu, tanpa disedari ia telah menghancurkan generasi masa kini umpama parasit.
“Sedang kita menghambakan diri kepada Allah, anak-anak kita sedang diperhambakan oleh gaget yang membawa kerosakan.
“Saya juga kongsikan tangkap layar bagaimana anak-anak kita di TikTok. Mereka hilang rasa malu dan paling menarik bila mak ayah pun sokong untuk menonton filem berunsur LGBT.
“Saya juga punya anak. Saya tidak akan menghakimi apa yang terjadi kepada kanak-kanak tersebut. Saya hanya mampu mendoakan serta menegur semampu saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia turut menerangkan bahawa BL adalah sebuah terma yang digunakan oleh anime atau manga untuk mempromosikan cerita berunsur percintaan sejenis (lelaki) yang rata-ratanya mendapat tempat di hati orang-orang muda.
Perkongsiannya itu tular di beberapa platform media sosial selain dikongsikan lebih 4,300 pelayar Facebook.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dan takut dengan situasi yang diceritakan Haikal kerana melibatkan kanak-kanak yang belum mencecah usia 10 tahun.
Terdapat juga netizen yang berkongsi perkara sama yang dilakukan kanak-kanak.
“Baru-baru ni lepas rehat ada dua orang budak lelaki makan biskut siap bersuap sambil disorak kawan depan… acah-acah sweet senyum simpul. Saya sergah ‘awak tak ada tangan ke nak bersuap-suap ni’. Semua aduan atau apa yang kita nampak kena take action sebab macam-macam dah sekarang baru sekolah rendah dan masing-masing bebas dengan telefon.
“Sekarang zaman betul-betul dah tiada sempadan, hujung jari boleh dapat tengok semua. Rajin-rajin pantau telefon anak dan jangan kita leka membiarkan anak dengan telefon masing-masing.
“Begitulah bila anak-anak ada gajet masing-masing termasuklah anak saya darjah 2, bila tengok TikTok terikut sebut f***. Saya dengar terus mulut dia kena sepit ketam dan sebagai ibu saya terangkan kenapa tak boleh,” ujar beberapa netizen.
BACA:
Waris Mahsuri Ketujuh munculkan diri, “Semua mata tak berkelip tengok..”
Sharnaaz Ahmad jawab spekulasi kahwin semula dengan Noor Nabila
Rupanya arwah Fajim pernah terbabit kemalangan pesawat sebelum ni, ini kisah sebenar