Didakwa terima wang UKSB RM2.6 juta, akhirnya Tun M buka mulut. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau pernah menerima sumbangan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didakwa bekas Pengurus Pentadbiran syarikat berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Katanya, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.
“Saya tak terima (wang seperti didakwa). Kalau dia boleh bukti, tunjukkan bukti, nak cakap (terima duit) senang.
“Kalau ada orang bagi duit kat saya tunjuklah, siapa yang bagi, kerana saya tidak pernah terima duit itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pengusaha bot pelancongan di Jeti Tanjung Rhu, di sini, petang ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan isu itu.
“Saya bersedia dan tunjukkan bukti yang saya ada (duit). (Sebelum ini) Banyak tuduhan yang dibuat kepada saya kononnya saya kaya ada (duit) berbillion ringgit simpan di Switzerland dan Taiwan.
“Kita tunjuk bukti (Datuk Seri) Najib (Razak) ada pegang duit (kerana) ada cek yang dia tandatangan dan ada akaun bank. Pergilah cari akaun bank saya, tiada masalah,” katanya.
Hari ini, pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, mendakwa bekas Pengerusi BERSATU itu menerima sumbangan RM2.6 juta daripadanya syarikatnya.
Siong Sun berkata, sumbangan itu adalah untuk kegunaan parti BERSATU diberikan menerusi anak saudara Dr Mahathir, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.
Saksi pendakwaan itu juga berkata, kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB yang menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan.
BACA:
Wanita terkejut tahu ada wang tak dituntut RM12,000, cuba anda pula periksa
Kecoh sekumpulan pemuda buat pesta arak dalam kolam homestay
Meremang bulu roma! Pekerja 7 Eleven buat video tiada orang masuk, tapi sensor pintu berbunyi