Wanita terkejut tahu ada wang tak dituntut RM12,000, cuba anda pula periksa

Wanita terkejut tahu ada wang tak dituntut RM12000 cuba anda pula periksa

Wanita terkejut tahu ada wang tak dituntut RM12,000, cuba anda pula periksa. Gempar baru baru ini seorang pengunjung dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) yang disediakan sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Menurut Nur Anis Sahibudin, Ketua Unit WTD Jabatan Akauntan Negara Kelantan, senario itu antara ‘kisah’ menarik sepanjang dua hari kaunter berkenaan beroperasi sejak Jumaat.

“Setakat semalam, sudah 1,273 orang datang membuat pemeriksaan di kaunter ini. Rata-rata kelihatan terkejut kerana tidak tahu memiliki wang yang tidak dituntut.

Beliau juga menjelaskan bahawa Kaunter pemeriksaan yang disediakan ini secara tidak langsung peluang serta kesedaran selain memudahkan pengunjung membuat pemeriksaan sekiranya mereka ada wang yang tidak dituntut, hanya beri kad pengenalan petugas akan membantu membuat pemeriksaan, katanya kepada Bernama, hari ini.

Nur Anis berkata selain di kaunter, orang ramai juga boleh membuat semakan WTD menerusi portal eGUMIS.Seorang pengunjung Mohamad Amsyari Mohamad Suhaimi, 40, berkata beliau mengetahui mengenai wang yang tidak dituntut namun tiada masa untuk membuat pemeriksaan.

Wanita terkejut tahu ada wang tak dituntut RM12000 cuba anda pula periksa

“Saya periksa tadi ada wang tidak dituntut di dalam sebuah bank berjumlah lebih RM500, mungkin baki tu dari sewaktu zaman belajar dulu… lama sangat memang tak ingat langsung.

“Baguslah ada perkhidmatan sebegini di program Jelajah AKM Kelantan,” katanya.

Jelajah AKM Kelantan yang bermula Jumaat akan berakhir hari ini.

BACA:

Kehilangan Ameera Khan akhirnya terjawab, Neelofa dedah..

Pemuda ini kongsi buat fail peribadi masukkan semua isi penting, ‘senang lepas ni jadi apa-apa’

Pas mahu sendirian tadbir Kedah, tak mahu parti lain – Hadi

CATEGORIES