Meremang bulu roma! Pekerja 7 Eleven buat video tiada orang masuk, tapi sensor pintu berbunyi

Meremang bulu roma Pekerja 7 Eleven buat video tiada orang masuk tapi sensor pintu berbunyi

Meremang bulu roma! Pekerja 7 Eleven buat video tiada orang masuk, tapi sensor pintu berbunyi. Siapa yang pernah kerja malam? Mesti pernah melalui pengalaman mistik yang buat nak terberak dan seram.

Semalam, seorang pengguna TikTok @fxzysf telah berkongsi sebuah video menunjukkan situasinya bekerja pada waktu malam dimana membuatkan dirinya meremang bulu roma.

Menerusi video tersebut, dirinya yang sedang bekerja mula rasa gelisah apabila sensor pintu 7-Eleven mula berbunyi tanpa sebab kerana sensor itu sepatutya berbunyi apabila ada orang melangkah masuk ke dalam kedai tetapi sebaliknya berlaku.

Tiada orang yang masuk ke kedai dan sensor berbunyi, hal ini membuatkan dia berasa seram terutama sekali ketika itu pada waktu malam bukanlah hari siang.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan bahawa sensor itu telah rosak.

Meremang bulu roma! Pekerja 7 Eleven buat video tiada orang masuk, tapi sensor pintu berbunyi

Rata-rata orang ramai yang bekerja di kedai serbaneka 24 jam juga mendakwa pernah berdepan situasi yang sama serta banyak lagi situasi tidak terjangka pernah terjadi pada waktu malam. Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 303.2 ribu tontonan dan juga 55.1 ribu tanda suka.

BACA:

Pemuda ini kongsi buat fail peribadi masukkan semua isi penting, ‘senang lepas ni jadi apa-apa’

Apabila Sanusi panggil Nurul Izzah ‘adinda’…

Sarah Hildebrand bakal sertai tentera USA?

CATEGORIES