5 firma guaman tarik diri, Siti Bainun menangis

Oleh INFORAKYAT

5 firma guaman tarik diri, Siti Bainun menangis. Mahkamah telah menerima notis penarikan diri peguam pada saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin.

Ini menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, menangis di kandang saksi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa. Dengan penarikan dua peguam itu, ini menjadikan kesemua peguam dari lima firma, tidak lagi mewakili wanita itu dalam prosiding bela dirinya.

Izralizam: Kamu tahu tak, mereka mahu tarik diri?

Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu Sabtu lalu, boleh nak tarik diri sebab ada pertindihan jadual, tapi beliau tak ada cakap, betul-betul nak tarik diri, tak apalah Yang Arif, saya akan cuba bincang semula.

Izralizam: Saya juga ada terima notis penarikan diri peguam, difailkan jam 9 malam tadi, sekiranya ada pertindihan tarikh, peguam perlu buat permohonan berserta alasan, untuk saya pertimbangkan.

5 firma guaman tarik diri, Siti Bainun menangis

5 firma guaman tarik diri, Siti Bainun menangis

Siti Bainun: Saya tak tahu susunan jadual itu macam mana?

Izralizam: Kamu bagi tak mereka tarik diri?

Siti Bainun: Mestilah tidak.

Hakim turut menasihati Siti Bainun supaya membuat aduak kepada Majlis Peguam jika terasa dianiaya tindakan peguam-peguamnya. Hakim kemudiannya menasihati Siti Bainun supaya melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya itu.
“Mahkamah tak salahkan atau marahkan kamu, tetapi kalau kamu sendiri tidak beri arahan, macam mana mereka nak bersedia?,” kata hakim itu.

“Seorang sahaja sudah memadai untuk mengendalikan kes, kalau banyak firma tapi berlaku macam ini, ia tidak memberi manfaat kepada kamu juga,” katanya.

Susulan itu, mahkamah kemudian menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Tertuduh juga dikehendaki untuk memaklumkan mengenai status lantikan peguam baharu pada tarikh berkenaan.

BACA: 

RM100K duit bantuan awal persekolahan disamun, pengetua cerita detik cemas

Kos tak sampai RM100, netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti

Ramai tak tahu kita boleh mohon TNB pasang lampu jalan di kawasan rumah