Kos tak sampai RM100, netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti

Kos tak sampai RM100 netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti

Kos tak sampai RM100, netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti. Setelah tiba hujung minggu, para ibu bapa pasti mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama selain membeli-belah di pusat beli-belah.

Tetapi apabila sering melakukan aktiviti yang sama, anak-anak juga tidak mendapat pendedahan mengenai dunia luar. Sekali sekala, ibu bapa mestilah merancang untuk membawa anak melakukan aktiviti yang melibatkan alam sekitar dan lain-lain.

Kadang-kadang, tidak semua aktiviti memerlukan wang yang banyak untuk berseronok, ada juga yang tidak melibatkan wang ringgit untuk mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang.

Dalam satu kumpulan Facebook, seorang individu meminta cadangan kepada pengguna media sosial yang lain untuk mencadangkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak.

“Modal ada RM100 ringgit sahaja, selain Pusat Sains Negara mana lagi tempat yang tidak bergantung dengan duit? Asalkan anak happy,” memetik hantaran itu.

Jika diteliti maksud individu berkenaan, dia dipercayai mahu membawa anaknya berjalan-jalan di tempat menarik. Namun lokasi yang ingin dilawatinya kalau boleh tidaklah terlalu ‘makan modal’ sangat.

Kos tak sampai RM100 netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti

Pendek kata mungkin individu berkenaan tidak begitu berkemampuan untuk pergi ke tempat yang kosnya tinggi, justeru pilihan yang ada adalah tempat yang murah tiket masuknya atau lebih baik, percuma.

Hantaran tersebut mendapat sebanyak 1,700 tanda suka, kira-kira 1,800 komentar dan 3,200 perkongsian yang dibuat oleh pembaca.

Rata-rata pengguna khususnya ibu bapa meninggalkan komen mengenai tempat yang telah mereka ziarahi tanpa menggunakan kos lebih daripada RM100.

Cadangan yang diberi oleh mereka tidak hanya di ibu kota tetapi juga di negeri lain seperti Johor, Melaka, Selangor dan lain-lain yang mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
Kredit: My Rokan
Selalu mengunjung ke tempat tersebut, Syazwani Jamil mengambil peluang menyarankan orang ramai untuk pergi ke Taman Botani Perdana Kuala Lumpur kerana kemasukannya percuma selain taman permainannya berpelbagai untuk jenis umur anak.

“Boleh beriadah juga, senang-senang dapat 10,000 langkah kalau datang sini. Cuma kena bayar parking sekali masuk RM4,” katanya.

Rubinga Heritage, Gombak
Dalam pada itu, Nabila Baharudin mencadangkan tempat di Gombak iaitu Rubinga Heritage yang mempunyai pelbagai jenis haiwan yang boleh dipegang seperti kuda, arnab dan burung. Ia dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 7 petang dan hujung minggu dibuka pada 4.30 petang.

Difahamkan juga, kemasukan di tempat itu adalah percuma dan sekiranya ingin melakukan aktiviti menunggang kuda perlu membayar RM2 untuk kanak-kanak dan RM3 untuk dewasa.

Untuk membelai arnab pula, perlu membayar RM1 dan akan dapat semangkuk lobak sekali masuk. Tempat itu juga mempunyai aktiviti lain seperti memanah.

Bukit Jelutong Eco Community Park, Shah Alam
Sementara itu, Harith Baharudin juga memberi mencadangkan Bukit Jelutong Eco Community Park di Shah Alam yang memaparkan pelbagai haiwan di tempat itu seperti itik, kambing, ayam, angsa, arnab dan lain-lain.

Kemasukan adalah percuma dan yang paling penting, orang ramai mestilah menjaga kebersihan agar tempat itu tidak dipenuhi dengan sampah dan dapat dinikmati dengan gembira.

Tempat tersebut dibuka setiap hari dan akan ditutup pada jam 7 petang.

Taman Saujana Putrajaya
Sekiranya sudah terbiasa dengan kawasan Putrajaya, pastinya Taman Saujana akan memikat hati untuk berkelah bersama dengan anak-anak.

Tempatnya yang luas serta mempunyai taman permainan membolehkan kanak-kanak untuk bersuka-ria menghayati ciptaan alam. Kemasukannya juga adalah percuma.

Kos tak sampai RM100, netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti

Individu bernama Cik Naa MariNa mencadangkan untuk pergi ke Anjung Floria Putrajaya bagi menikmati pantai buatan yang terletak di pinggir tasik besar Putrajaya.

Individu bernama Miz Atom mencadangkan untuk bawa anak-anak menaiki kereta api dengan kadar diskaun bagi kanak-kanak. Malah menariknya, makanan pula dibawa bekal dari rumah.

Haryatie Mohd Yusof pula berkongsi itinerari percutian bajet bersama keluarga dengan kos yang rendah di beberapa lokasi mudah di sekitar ibu negara. Menariknya, antara lokasi pilihan mereka sekeluarga ialah perpustakaan.

Selain itu Wawa Shauqi mencadangkan Taman Tasik Shah Alam sebagai lokasi pilihan menarik bagi mereka yang ingin merasai aktiviti sukan ekstrem bersama keluarga dengan kos yang rendah.

BACA: 

Tak sangka 5 artis Malaysia ini rupanya hidup berpoligami dah lama, bahagia pulak tu

Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa ‘one to one’

CATEGORIES