Ramai tak tahu kita boleh mohon TNB pasang lampu jalan di kawasan rumah

Ramai tak tahu kita boleh mohon TNB pasang lampu jalan di kawasan rumah

Ramai tak tahu kita boleh mohon TNB pasang lampu jalan di kawasan rumah. Ramai tak tahu sebenarnya kita boleh mohon untuk pemasangan lampu jalan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumah atau lokasi yang dikehendaki! Permohonan lampu jalan TNB juga boleh dibuat dari pihak berkuasa tempatan dan caj bulanan untuk lampu jalan boleh ditanggung oleh pihak berkuasa sekiranya persetujuan mereka dijamin.

Selain melalui melalui pihak berkuasa, pengguna juga boleh mohon lampu jalan di bawah nama mereka sendiri dengan caj sambungan dikenakan hanya RM10.00 sebulan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan pemasangan lampu jalan TNB.

Pihak berkuasa tempatan/ kerajaan
Pemaju
Individu
KOS PASANG LAMPU JALAN TNB

Ramai tak tahu kita boleh mohon TNB pasang lampu jalan di kawasan rumah
Antara kos pemasangan lampu jalan yang dikenakan adalah:

Caj pemasangan/ penyambungan tiang (one-time payment)
Caj bulanan RM10.00
Caj pemasangan akan ditentukan selepas lawatan tapak dilakukan dan caj bulanan lampu akan dimasukan ke dalam bil anda.

Permohonan lampu jalan TNB juga boleh dibuat dari pihak berkuasa tempatan dan caj bulanan untuk lampu jalan boleh ditanggung oleh pihak berkuasa sekiranya persetujuan mereka dijamin.

DOKUMEN DIPERLUKAN
Antara dokumen yang dipelukan untuk buat permohonan pemasangan lampu jalan TNB adalah:

Borang permohonan Lampu Jalan Individu

Salinan bil terkini untuk premis berkenaan
Salinan kad pengenalan pemilik akaun
Anda juga boleh melantik mana-mana jurutera perunding dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memohon untuk anda.

CARA MOHON PASANG LAMPU JALAN TNB

Berikut adalah panduan membuat permohonan pemasangan lampu jalan TNB beserta borang permohonan:

Dapatkan Borang Permohonan Lampu Jalan TNB Individu di pejabat TNB berdekatan

Sediakan bersama ilutrasi (lukisan) pelan keududkan lampu yang anda mahukan

Hantarkan borang lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat TNB berhampiran

Lampu jalan yang dimiliki oleh TNB biasanya dipasang pada pengilat konkrit TNB dengan talian atas dipasang padanya. Mereka boleh dikenal pasti dengan mudah setiap tiang mempunyai logo TNB, warna korporat (biru dan merah) dan nombor rujukan tiangnya.

Pelanggan boleh memohon secara bertulis kepada TNB dan melampirkan Pelan Lokasi Tiang Elektrik (sedia ada dan penempatan semula). Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar caj penempatan semula. Pelanggan boleh merujuk kepada Pusat Khidmat Pelanggan terdekat untuk maklumat lanjut.

BACA: 

Petua kekalkan udang ‘fresh’ macam baru naik dari laut walaupun dah 6 bulan

Boss ‘payung’ staff Proton Saga baru sebab rajin kerja

CATEGORIES