Waspada bawa anak ke Genting Highland, sindiket culik semakin berleluasa. Polis Bentong telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai satu video TikTok yang tular mengenai seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang wanita warganegara asing di Taman Tema Genting Highlands, Bentong, Pahang.
Dalam video berdurasi 1 minit 20 saat itu, pemilik akaun TikTok @alfitry_azmi52 menyatakan sewaktu dia membawa stafnya bercuti di taman tema itu, ada sekumpulan wanita menghampiri salah seorang isteri pekerjanya dan cuba menyorokkan anak mereka di dalam kain panjang yang dipakai di kepala oleh seorang wanita warga warganegara asing terbabit.
Sejurus insiden itu berlaku mereka segera memanggil polis dari bahagian kasino yang bertugas untuk mendapatkan pertolongan bagi siasatan lanjut secara profesional.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, YDH Supt. Zaiham Mohd Kahar, pihak keselamatan Genting Hinglands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular itu.
“Setakat ini pihak polis daerah Bentong tidak menerima sebarang laporan daripada pihak yang terlibat. Walaubagaimanapun, pihak IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut,” kata Zaiham lagi.
Beliau juga memohon kerjasama kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
Setakat artikel ini ditulis, video TikTok itu telah mendapat lebih 4 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam. Dalam satu video yang lain pula, pemilik akaun TikTok itu meminta agar orang ramai sentiasa berjaga-jaga dan memantau keselamatan anak-anak kecil semasa berada di tempat awam.
@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz 🌻 ♬ original sound – alfitryazmi52
BACA:
Ringgit jatuh menggila lagi, kali ini paling rendah dalam sejarah
Leona menangis tinggalkan Malaysia, akan sambung belajar luar negara